CEGAH PRODUK TIRUAN
Bagi mengelak penularan produk tiruan, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baharu bagi produk Shell Helix tulen yang rasmi untuk dijual di pasaran tempatan.
Label berkenaan akan ditampilkan pada lima produk Shell Helix terlaris iaitu Shell Helix Ultra 5W 40 (4L), HX7 10W 40 (4L), HX7 5W 30 (4L), HX5 10W 30 (3L) dan HX5 15W 40 (4L).
Kelima-lima produk
Shell Helix itu kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain, berkata langkah itu adalah pelaburan strategik syarikat untuk melindungi kepentingan pemilik kereta dan rakan niaga dengan membolehkan mereka mengenalpasti produk tulen.
“Kewujudan produk palsu dan tidak sah di pasaran menjejaskan keyakinan pelanggan dan membawa kesan negatif terhadap perniagaan rakan niaga kami. “Pengecaman produk dengan jelas melalui label khas adalah langkah penting untuk menangani isu ini,” katanya ketika pelancaran oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini.
Hadir sama Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo.
Shairan berkata, tiada sebarang perubahan kepada formulasi minyak enjin Shell Helix yang dibuat untuk Malaysia dan pelanggan masih menikmati prestasi enjin terunggul walaupun dalam keadaan pemanduan lasak.
“Pengenalan produk Shell Helix dengan label khas ini masih berterusan dan dijangka disempurnakan menjelang Januari tahun hadapan.
“Dalam tempoh peralihan, produk rasmi Shell Helix tulen dengan label lama masih berada di pasaran dan boleh disahkan ketulenannya menerusi kod produk pada label,” katanya.
Terdahulu, label baharu di bahagian hadapan boleh dikupas untuk mendedahkan kod QR unik untuk pengesahan ketulenan produk dengan segera manakala label di belakang menampilkan maklumat dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Kod QR juga membolehkan pendaftaran mudah untuk program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE) yang memberikan pelbagai ganjaran kepada pelanggan termasuk bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).
Minyak enjin rasmi
Shell Helix yang tulen bagi pasaran tempatan boleh dibeli dari bengkel berjenama Shell Helix, bengkel terpilih dan cawangan stesen runcit Shell.
Produk ini juga boleh didapati melalui kedai dalam talian (online) rasmi Shell Malaysia di Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.
Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan stesen runcit Shell Helix berdaftar yang berhampiran, layari www.shell.com.my/helix atau hubungi khidmat pelanggan Shell di 1300 88 1808.