RAGU BELUM TUNAI NAZAR
tahun lalu, saya pernah bernazar, jika berjaya masuk universiti saya akan puasa tiga hari berturutturut. Alhamdulillah, saya berjaya menempatkan diri ke universiti tempatan. Cuma, saya tidak ingat sama ada sudah menunaikan nazar itu atau belum.
Seandainya berlaku perasaan ragu-ragu ini, apa yang perlu saya lakukan?
Nur Farhana,
Kepong
menepati janji adalah perkara yang jelek, apatah lagi janji itu dilakukan dengan Allah. Nazar adalah janji untuk melakukan perkara yang baik, maka hendaklah dilaksanakan.
Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaati-Nya, dan barangsiapa bernazar untuk menderhakai-Nya, maka janganlah ia menderhakaiNya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Janji adalah ‘hutang’ yang wajib ditunaikan sehingga tiada ruang keraguan dan sangkaan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Yunus, ayat 36)
Cucu Rasululllah menyatakan: Aku hafal dari Rasulullah, “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)
Oleh itu, lebih baik dilaksanakan nazar itu sehingga tiada keraguan. Letakkan keyakinan pada amalan yang wajib. Sekiranya anda rasa tidak sempurna amalan itu, hendaklah memperbanyakkan amalan sunat bagi menampung kekurangan amalan wajib atau fardu.