Dayangku Intan stabil lepas derma buah pinggang
melebarkan sayap ke Indonesia dengan merakamkan Di Matamu 2.0 versi Indonesia.
“Lagu ini diberi nafas baru dengan gubahan muzik berbeza dan lirik ditukar mengikut kesesuaian bahasa Indonesia,” katanya. Kuala Lumpur: Keadaan penyanyi Dayangku Intan, 53, makin stabil dan sudah ditempatkan ke wad biasa sejak kelmarin selepas selamat menjalani pembedahan buah pinggang untuk didermakan kepada suaminya, Rosman Yahil,
56, Sabtu lalu.
Rosman disahkan mengalami masalah kegagalan organ buah pinggang akibat kencing tikus sejak tiga bulan lalu.
Rosman turut menghidap kencing manis dan darah tinggi terkawal.
Justeru, ingin melihat suaminya kembali pulih mendorong Intan nekad mendermakan satu daripada buah pinggangnya.
Pengurus penyanyi itu, Rushuhaimin Ab Rahman ketika dihubungi berkata, Intan dijangka berada di hospital kira-kira lima hari lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
“Alhamdulillah, keadaan Intan kini stabil tetapi masih memerlukan rehat yang cukup. Terima kasih di atas doa diberikan. Cuma, Rosman masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut walaupun keadaannya juga dilapor stabil.
“Namun, pada Ahad apabila Rosman sedar dia terus bertanya keadaan isterinya kepada saya. Begitu juga Intan, sebaik saja sedar keadaan Rosman yang ditanya. Ia sangat menyentuh hati saya,” katanya.
Rushuhaimin berkata, dia bersyukur urusan pembedahan pasangan suami isteri itu dipermudahkan Allah SWT dan berjalan lancar.
“Cinta dan kasih sayang mereka sangat utuh dan saya sendiri kagum dengan semangat kental Intan untuk menyelamatkan suaminya.
“Ternyata pengorbanan dilakukan Intan buat suami, Rosman sangat besar dan dia seorang berhati mulia. Saya bagi pihak Intan dan suaminya, ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka,” katanya.