MOHAMED Faroz
“Setiap bangunan gedung Jakel mempunyai banyak tingkat dan produk.
Sudah tentu pelanggan akan selesa bersama jurujual yang dapat memberikan perkhidmatan hingga selesai membeli-belah,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, Jakel satu-satunya syarikat tekstil yang mempunyai francais dengan lima daripada 21 cawangan itu milik penuh syarikat berkenaan.
“Kewujudan kami memberi impak besar kepada ekonomi negara di samping membuka peluang kepada Bumiputera untuk menjadi peniaga berjaya menerusi francais.
“Kami memberi khidmat kepada francaisi bermula daripada cara menguruskan perniagaan hingga kepada konsep sebuah gedung yang sama dengan ibu pejabat Jakel (Jakel Mall) dari segi produk dan harga,” katanya yang tidak menafikan perniagaan itu adalah jihad ekonomi Islam.
Katanya, produk Jakel adalah eksklusif kerana tidak boleh didapati di tempat lain yang dihasilkan 60 pereka syarikat itu yang berkemahiran.
“Terbaru, saya baru pulang dari Paris,
Perancis untuk membeli teknologi perisian terkini bagi menghasilkan reka bentuk warna lebih tepat menggunakan komputer.
“Teknologi baru ini akan menghasilkan cetakan warna sama seperti dalam komputer. Ini salah satu usaha pembaharuan dan menambah baik produk di sini bagi memenuhi selera serta pilihan pelanggan,” katanya.
Selepas membuka cawangan di Bangi pada Januari lalu, Jakel mengorak lagi langkahnya apabila bakal membuka satu lagi cawangan terbarunya di Miri,
Sarawak pada penghujung tahun ini. Kira-kira RM15 juta dilaburkan untuk tujuan itu yang dijangka mampu menarik pelanggan dari Brunei.