6 e-dompet di satu terminal
Kuala Lumpur: CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) memperkenalkan kaedah Penerimaan Pembayaran Maklum Balas Pantas (QR) di terminal CIMB iaitu yang pertama dalam pasaran yang menerima enam e-dompet utama bagi satu terminal.
Enam dompet mudah alih yang boleh diterima di terminal CIMB itu ialah Alipay, Touch & Go Digital, Boost, KiplePay, Mcash dan Vcash yang mempunyai anggaran asas pelanggan kira-kira 4.5 juta di Malaysia dan 520 juta pengguna berdaftar di China.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna, Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, dengan trend pembayaran mudah alih, penerimaan pembayaran alternatif itu menyediakan kemudahan kepada pedagang dan pelanggan tanpa perlu menimbulkan kebimbangan dengan kod QR berbeza.
Beliau berkata, kaedah itu membolehkan pedagang dan pengguna dapat meningkatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik serta memberikan pilihan yang lebih banyak kepada orang ramai.
“CIMB sentiasa meletakkan pelanggan dan pedagang sebagai tumpuan utama dalam inovasi digital dan Penerimaan Pembayaran QR ini di terminal CIMB bagi memenuhi kehendak semua pihak dengan enam dompet mudah alih utama ini.
“Malah, dengan sokongan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mempromosikan komuniti tanpa tunai, inisiatif ini dapat membangunkan ekosistem pembayaran seumpama ini di Malaysia.
“Ia juga adalah bukti kepada janji kami bagi menyampaikan penyelesaian berinovasi yang berterusan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di rantau ASEAN,” katanya dalam kenyataan, semalam. Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus pada pertengahan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Bahagian Dua
Roda Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Nazman Yusof berkata, mereka kini berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran jualan sebanyak 300 unit tahun ini.
“Pengenalan model baru selain aktiviti bersama pelanggan memberi kesan terhadap perkembangan jenama Ducati di Malaysia yang kini menguasai 11 peratus perkongsian pasaran motosikal premium dari Eropah,” katanya pada pelancaran tiga model baru Ducati.
Tiga model baru yang diperkenalkan serta pembukaan cawangan pengedar baru di Seremban dan Johor
Bharu hujung tahun ini dijangka dapat menambah peratusan perkongsian pasaran dengan tawaran model yang lebih menarik.