Harian Metro

MANDUL 100 KUCING JALANAN

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

„ 130 dimandulka­n bantu elak pembiakan di luar kawalan

Sejumlah 130 kucing termasuk 100 kucing terbiar dimandulka­n pada Program Mega Pemandulan Kucing anjuran Noah’s Ark Birth Control Clinic di Jalan Abdul Rahman di sini, semalam.

Program dua hari bermula semalam itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya pemandulan haiwan bagi mengelak pembiakan kucing terbiar khususnya di tempat awam.

Pengerusin­ya, Mariam Yusof berkata, dalam program itu 10 sukarelawa­n yang juga pencinta kucing menangkap haiwan berkenaan di kawasan Taman Rekreasi Tanjung Emas, Pasar Maharani, Hentian Bas Pagoh, Pasar Parit Jawa dan beberapa kawasan taman perumahan.

Katanya, program itu dilaksanak­an selepas pihaknya mendapati banyak kucing terbiar di tempat awam.

“Kehadiran kucing terbiar ini mengganggu orang ramai terutama kucing yang fizikalnya kotor atau ada penyakit seperti kurap. Selain itu, ada juga kucing membuang najis di merata-rata tempat.

“Justeru, jika tidak dimandulka­n, kucing ini terus membiak dan lebih membimbang­kan ketiadaan penjagaan menyebabka­n ada kucing terutama anak kucing dimakan biawak, dilanggar atau terjatuh ke dalam longkang.

“Selain itu, sesetengah pemilik kucing hanya menjaga haiwan itu ketika masih cantik, namun apabila tidak lagi menarik, mereka membuangny­a. Begitu juga apabila kucing mereka membiak terlalu banyak, mereka membuangny­a,” katanya. Mariam yang turut digelar

Cat Women oleh pencinta kucing berkata, bagi memastikan kehidupan kucing terbiar lebih baik, mereka perlu memandulka­n haiwan berkenaan.

“Semua kucing terbiar yang ditangkap dibawa ke klinik untuk dimandulka­n dan jika ada penyakit, rawatan sesuai diberikan.

“Program ini diuruskan enam tenaga veterinar ditaja Kelab Rotary Muar dan individu bagi menampung kos proses pemandulan RM50 seekor,” katanya.

Katanya, bagi pemilik kucing yang ingin melakukan proses sama, tetapi pada masa lain boleh ke klinik itu setiap Jumaat dan Sabtu dengan bayaran RM60 untuk kucing jantan serta RM70 bagi kucing betina.

 ??  ??
 ?? FOTO: ADI SAFRI ?? PROSES pemandulan dilakukan doktor veterinar pada Program Mega Pemandulan Kucing, semalam.
FOTO: ADI SAFRI PROSES pemandulan dilakukan doktor veterinar pada Program Mega Pemandulan Kucing, semalam.
 ??  ?? MARIAM
MARIAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia