Kekal aktif, sihat
“Inisiatif ini membantu mengukuhkan lagi kerjasama kami dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terjalin sejak 40 tahun lalu.
“Sebagai peneraju pembangunan sukan di peringkat akar umbi, kami komited dalam menyokong usaha berterusan Kementerian Pendidikan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk budaya kecemerlangan sukan dalam kalangan pelajar.
“Oleh itu, kami memperkenalkan Activ
Jam Senam Aerobik kepada murid-murid menerusi 1Murid 1Sukan untuk menunjukkan betapa mudahnya kekal aktif dan sihat dengan senam aerobik yang ringkas, menyeronokkan serta menyihatkan badan,” katanya.
Dasar 1Murid 1Sukan diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia pada
2011 di bawah program pembangunan sukan sekolah yang mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Dasar ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia Dr Mehander
Singh berkata, berdasarkan Dasar Sukan Negara yang menggariskan sukan untuk semua, 1Murid 1Sukan menekankan penyertaan setiap pelajar dalam sukan sebagai satu reformasi pendidikan. Ia bagi menerap nilai positif di samping mempromosikan kesihatan fizikal menerusi sukan untuk manfaat setiap pelajar.
“Activ Jam Senam Aerobik adalah satu langkah yang sejajar dengan usaha sama kami untuk memartabatkan sukan sebagai asas pembangunan negara sejak usia muda,” katanya.
Activ Jam Senam Aerobik sebahagian daripada kempen MILO Aktif Negaraku yang mensasarkan lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Dilancarkan pada awal tahun ini, MILO
Aktif Negaraku ialah kesinambungan komitmen MILO terhadap usaha pembangunan negara menerusi sukan di peringkat akar umbi. Merangkumi program sukan MILO popular seperti MILO Hidup Bola dan Klinik Juara MILO. -Fazurawati Che Lah
Program sejajar usaha memartabatkan sukan sebagai asas pembangunan negara