XC40 SUV termaju
Volvo Malaysia lancar model dikeluarkan hasil maklum balas pengguna
Volvo Car Malaysia melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak XC40 T5 premium bercirikan standard baharu terhadap keselamatan dan pengalaman pemanduan termaju.
Model yang dinobatkan sebagai European 2018 dijual pada harga RM255,888 (tanpa insurans) dan paling menarik, pasaran Malaysia akan menerima tingkat kemasan sebagai ciri standard.
SUV berteknologi tinggi itu dibangunkan untuk mengharungi cabaran di kota dengan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan dan lengkap meliputi pelbagai ciri keselamatan termaju dan infotainmen seperti XC60 serta XC90.
Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Lennart Stegland berkata, XC40 terbaharu itu dibina daripada warisan Volvo sebagai jenama yang sentiasa memberi tumpuan terhadap keselamatan pemandu dan penumpang.
“Dengan menggabungkan teknologi inovatif serta menawarkan piawaian keselamatan yang tinggi termasuk teknologi bantuan pemandu serta rekaan keseluruhan yang moden.
“XC40 juga menampilkan rekaan kabin yang ringkas dan praktikal serta ruang simpanan berguna, hasil daripada maklum balas pengguna,” katanya ketika majlis pelancaran di sini, semalam.
dilengkapi enjin 2.0 liter menawarkan kuasa 252 hp dan 350 Nm tork.
Dibangunkan menggunakan platform
(CMA), XC40 turut menikmati pelbagai teknologi terkini yang sebelum ini hanya boleh ditemui pada model lebih besar yang menggunakan asas
(SPA).
Teknologi itu termasuk
generasi terbaru terhadap pejalan kaki, pengayuh basikal dan haiwan,
dan
Stegland berkata, teras penghasilan rekaan ala Scandinavia ialah keseimbangan sempurna antara estetika dan fungsi.
“Sebagai contoh, terowong tengahnya tidak sekadar direka untuk nampak menarik, tetapi jika dilihat pada ruang pemegang cawan yang ada, ia juga boleh meyimpan syiling, kad, kabel serta menjadi ruang berguna untuk meletak telefon dengan ciri pengecasan tanpa wayar serta ciri USB,” katanya.
Empat warna ditawarkan iaitu
dan
Volvo XC40 terbaharu itu akan berada di bilik pameran semua pengedar sah Volvo seluruh negara.