Jinak skuad pilihan
Argentina FC juara Karnival Bola Sepak Evergreen Wakaf Tapai selepas lakar kemenangan tipis ke atas Jerman FC
Pasukan Argentina FC mencatat kemenangan tipis apabila menundukkan pasukan pilihan Jerman FC dengan jaringan 2-1, sekali gus menjuarai Karnival Bola Sepak Evergreen Wakaf Tapai di Padang Astaka Kuala Berang, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, pasukan Brazil FC sekadar berpuas hati di tempat ketiga selepas berjaya menewaskan England FC dengan jaringan 2-0. Melaka: Seramai 200 peserta menyertai Kejohanan Catur Terbuka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin di kampus itu, baru-baru ini.
Program anjuran Kelab Catur dan Unit Sukan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama Kelab Catur Melaka (KCM) itu turut disertai atlet berbakat dari Selangor, Pahang, Melaka dan Johor.
Pengerusi program Sarimah Mohamed berkata, kejohanan berkenaan terbuka kepada pelbagai kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun, pelajar Institut Pengajian Tinggi serta kategori terbuka untuk semua peringkat usia.
Katanya, tujuan program bagi memberi pendedahan kepada saingan kompetitif
Presiden Kelab Bola Sepak Wakaf Tapai (KBSWT) Mohd Khusairi Mohamad Nor berkata, beliau berpuas hati dengan penyertaan semua pemain dan bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili Kampung Wakaf Tapai termasuk pemain baru pada karnival itu.
“Karnival itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pemain, bekas pemain, pemain baru dan penduduk setempat.
“Melalui penganjuran karnival itu, pemain mendapat pengalaman baru, selain memberi pendedahan dan peluang kepada penduduk kampung yang untuk mempamerkan aksi masing-masing.
“Kami bertuah kerana bekas pemain kebangsaan Norfarhan Mohamad yang merupakan anak jati Kampung Wakaf Tapai turut beraksi, sekaligus memeriahkan kejohanan,” katanya.
Khusairi berkata, memandangkan karnival pertama kali dianjurkan itu mendapat sambutan yang sangat mengalakkan, pihaknya akan memastikan karnival itu dianjurkan pada setiap tahun sebagai acara tahunan.
“Seronok apabila melihat pemain veteran, pertengahan dan muda beraksi dalam kejohanan yang sama, semua pemain ingin mempamerkan kebolehan masing-masing sekaligus menimbulkan suasana ceria,” katanya.
Menurutnya, KBSWT juga mengesan bakat baru yang boleh diketengahkan sepanjang karnival itu berlangsung untuk mewakili Kampung Wakaf Tapai bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah pada masa akan datang.
“Selain penganjuran kejohanan bola sepak padang, pihaknya sering menganjurkan kejohanan futsal untuk golongan belia pada setiap tahun ,” katanya.