BANGKIT DRAMATIK
Manchester
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan beliau menerima pesanan mesej sokongan daripada anggota lembaga pengarah kelab itu menjelang perlawanan mendebarkan yang berkesudahan United menewaskan Newcastle 3-2 di Old Trafford, semalam.
Spekulasi terhadap kedudukan Mourinho timbul sebelum sepak mula perlawanan itu berikutan permulaan buruk United pada awal musim ini dengan pasukan itu ketinggalan 0-2 dalam tempoh 10 minit yang boleh menunjukkan pintu keluar kepada pengurus dari Portugal itu.
Alexis Sanchez bagaimanapun menyuntik kebangkitan mengagumkan United pada babak kedua apabila dia menanduk masuk gol kemenangan selepas mendapat hantaran lintang Ashley Young pada minit terakhir perlawanan.
Mourinho selepas itu mengakui beliau perlukan ‘undi kepercayaan’ secara tidak rasmi daripada ahli lembaga, yang dipercayai adalah naib pengerusi eksekutif Ed Woodward, sebelum perlawanan menyedari beliau perlu mengetepikan laporan akhbar bahawa beliau akan dipecat hujung minggu ini, tidak
Gol kemenangan minit akhir Sanchez buat Mourinho lega
kiralah apa keputusan perlawanan menentang Newcastle.“Mereka yang membaca akhbar, mereka yang mengikuti media sosial, mereka mesti menganggap yang mungkin saya sudah tiada,” kata Mourinho.
“Jika saya tidak menerima SMS daripada lembaga pasukan saya untuk tidak membaca (akhbar) saya mungkin sudah yakin.”
Tetapi apa yang terjadi pada 10 minit awal mungkin menyebabkan Woodward juga kembali memikirkan kedudukannya semula.
Gol pelawat disebabkan kelemahan pertahanan United yang dikatakan punca kemerosotan pasukan itu sepanjang musim ini.
Jaringan kemenangan Sanchez turut menyaksikan penyokong United yang selama ini membisu untuk menyokong Mourinho, kembali menyanyikan namanya di Old Trafford.
“Saya kagum dengannya tetapi saya tidak mahukannnya. Jika boleh saya mahu mereka berhenti melakukannya.
“Pada separuh masa pertama kami ketinggalan 0-2, tetapi penyokong memberi sokongan luar biasa terhadap pasukan.”