Ramos tak setuju Real tukar jurulatih
Vitoria, Sepanyol: Kapten Real Madrid Sergio Ramos
berang dengan khabar angin penyingkiran jurulatih Julen Lopetegui selepas pasukan itu mengalami kekalahan ketiga daripada empat perlawanan apabila tewas 0-1 di Alaves semalam, dengan menyifatkan tindakan menukar pengurus sebagai ‘kerja gila’ .
Real tewas selepas tandukan daripada Manu Garcia pada minit kelima pada masa tambahan, kini mengalami kekalahan ketiga daripada empat perlawanan terakhir mereka yang menyaksikan mereka gagal menjaringkan sebarang gol.
(gambar)
Ia adalah tempoh terpanjang bagi kelab itu tidak menjaringkan sebarang gol sejak April 1985, di mana tidak ada seorang pun pemain dalam kelab itu sudah dilahirkan.
“Orang lain membuat keputusan sebegitu, tapi ia tidak bagus apabila ada perubahan jurulatih. Ia adalah gila,” kata Ramos.
“Kami perlu teruskan kerana musim ini sangat panjang dan masih jauh perjalanan kami. Siapa yang mengatakan Real Madrid sudah mati selalunya akan salah dalam tempoh yang panjang.”
Ramos juga berkata pemain sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan itu dan kini bukanlah masanya untuk mencari salah siapa.
“Kami adalah orang yang pertama perlu melakukan penambahbaikan dan kami akan cuba melakukannya. Adalah tidak adil untuk menyalahkan sesiapa.
“Keputusan adalah apa yang dikatakan orang ramai dan terutama sekali apabila anda tewas, tapi kami masih memberi komitmen, kami masih mempunyai cita-cita tinggi dan kami mahu menang, ia memang di dalam DNA kami.
“Kami berada di landasan yang betul meskipun mencatat keputusan teruk.” – Reuters