Harian Metro

KERAT ENAM BAPA LUMPUH

„ Lelaki buang mayat dalam tangki kumbahan dan lubang belakang rumah

- Muhammad Apendy Issahak cnews@nstp.com.my

Lelaki warga emas dibunuh kejam oleh anak lelakinya dengan dikerat enam bahagian termasuk kepala dipenggal di Kampung Kanthan Baru, di sini, semalam.

Mayat You Su Kim, 74, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu dalam sebuah tangki kumbahan sedalam 1.5 meter serta lubang yang digali di belakang rumah mangsa.

Kejadian ngeri disedari anak perempuan mangsa jam 9 pagi selepas menemui beberapa kesan darah di tilam, bantal dan dinding rumah terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 52 tahun, jam 1.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, jiran memaklumka­n ada mendengar pergaduhan antara mangsa dan anak lelakinya, malam kelmarin.

“Suspek yang ditahan kemudian menunjukka­n senjata iaitu parang panjang berukuran 0.6 meter dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.

“Senjata itu ditemui dalam sebuah bilik di rumah terbabit dan ada kesan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Yahya berkata, suspek dipercayai bertindak kejam selepas beberapa kali dimarahi bapanya kerana menghisap syabu dalam rumah dan suspek turut disyaki dalam keadaan khayal ketika membunuh dan mengerat tubuh badan mangsa.

Menurutnya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa yang dikerat serta kepala yang dipenggal ditanam di dalam lubang yang digali suspek berhampira­n pagar di belakang rumah manakala bahagian badan mangsa pula dibuang ke dalam tangki kumbahan.

“Polis percaya mangsa dibunuh sekitar jam 12 tengah malam dan seorang daripada anak perempuan mangsa yang tinggal berhampira­n mendakwa ada mendengar bapa serta abangnya bertengkar jam 8 malam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Seorang anak perempuan mangsa yang mahu dikenali sebagai Yong berkata, dia ke rumah bapanya untuk memeriksa keadaan susulan bimbang dengan pertengkar­an yang berlaku.

“Sebaik masuk ke dalam bilik bapa saya lihat kesan darah pada tilam serta bantal dan curiga dengan keadaan itu, saya meminta bantuan jiran untuk mengesan bapa sebelum menemui kesan korekan tanah di bahagian belakang rumah.

“Bapa sakit tua dan lumpuh manakala adik lelaki (suspek) ditugaskan menjaga bapa sejak beberapa tahun lalu dan mereka tinggal berdua saja di rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN penyiasat menemui mayat You yang dibuang dalam lubang di belakang rumahnya, semalam.
PASUKAN penyiasat menemui mayat You yang dibuang dalam lubang di belakang rumahnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia