Harian Metro

SEBAB LAKSA?

Ibu mentuanya meninggal dunia selepas cirit-birit dan muntah teruk selama tiga hari sejurus makan laksa dibeli di Kupang, Baling. Namun, Mohamad Khairi Yahya, 54, reda dengan pemergian wanita itu yang sudah berusia 70 tahun. Isterinya yang turut sama meni

- Mohd Hafizee Mohd Arop dan Safuri Kamarudin cnews@nstp.com.my

“Laksa itu mungkin hanya penyebab dan setiap yang hidup pasti akan mati. Kami reda dengan pemergian arwah emak,” kata Mohamad Khairi Yahya, 54.

Mohamad Khairi adalah menantu Allahyarha­m Raseah Ali Musa, 70, yang meninggal dunia malam Ahad lalu akibat muntah serta cirit-birit selepas dipercayai makan laksa di- beli anak saudaranya di gerai di Kupang, Baling, Kedah, Jumaat lalu.

Beliau berkata, isterinya Norliza Shaari, 46, yang memakan laksa itu turut mengalami gejala sama dan masih dirawat di Hospital Gerik.

Menceritak­an kejadian, Mohamad Khairi berkata, ibu mentua serta isteri cirit-birit dan muntah tanpa henti bermula jam 1 pagi, Sabtu lalu.

“Arwah emak dan isteri sakit sehingga tidak bermaya, tambahan pula emak mentua saya sudah berumur.

“Disebabkan keadaan emak mentua yang lemah, saya dan adik ipar membawanya ke Hospital Gerik pada awal pagi sebelum isteri saya turut dimasukkan ke wad jam 10 pagi,” katanya di rumahnya di Kampung Kerunai, di sini, semalam.

NSTP kelmarin melaporkan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n ada 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di gerai di Kupang, Baling.

Selain Raseah, seorang lagi mangsa maut adalah orang kurang upaya (OKU), Abdul Rahim Abdul Manan, 28.

Abdul Rahim meninggal dunia di Hospital Gerik pada jam 8.15 malam Sabtu lalu selepas keadaannya semakin serius.

Mohamad Khairi berkata, keadaan arwah ibu mentuanya yang semakin teruk menyebabka­n dia dipindahka­n ke Hospital Raja Permaisuri

„ Dua beranak muntah, cirit-birit selepas makan laksa

Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan susulan.

Katanya, ibu mentuanya meninggal dunia di HRPB jam 9 malam, Ahad lalu sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Jong, di sini.

Menurutnya, ibu mentuanya yang belajar di pondok agama di Pengkalan Hulu pulang bercuti.

“Arwah tidak menunjukka­n sebarang tanda pelik ketika menikmati laksa itu.

“Saya dan anak tidak makan laksa berkenaan kerana tidak gemar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GERAI laksa kebok yang tular akibat keracunan makanan sehingga menyebabka­n kematian. NOTIS penutupan sementara gerai laksa.
GERAI laksa kebok yang tular akibat keracunan makanan sehingga menyebabka­n kematian. NOTIS penutupan sementara gerai laksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia