Harian Metro

Kebumi semula Jumaat ini

-

Kuala Lumpur: Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan akan dikebumika­n semula, Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini proses bedah siasat kali kedua dijalankan dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Proses bedah siasat kali kedua bermula jam 4 petang semalam (kelmarin). Ini adalah satu proses mahkamah.

“Penggalian dilakukan mengikut tertib agama yang perlu dipatuhi,” katanya selepas merasmikan Seminar Pemantapan Integriti dan Pelancaran Jurnal Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Kelmarin, jenazah Nazrin dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk proses bedah siasat kedua.

Jasad Nazrin digali dari kuburnya sekitar jam 9 pagi hingga jam 12.30 tengah hari oleh kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dipantau pegawai Institut Perubatan Fo- rensik Negara serta dibawa dari kawasan Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara ke PPUM.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, proses penggalian semula kubur dijalankan dengan penuh berhati-hati dan teliti demi menghormat­i jenazah dan ahli keluargany­a.

Proses penggalian semula dilakukan mengikut prosedur ditetapkan undang-undang Islam dan peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain dikendalik­an pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), proses penggalian semula kubur turut dipantau Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), doktor dan pegawai perubatan PPUM serta peguam pemerhati dan ahli keluarga Allahyarha­m Nazrin.

 ??  ?? LAPORAN
Harian Metro,
semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia