Harian Metro

45 bakal pengantin rugi RM263,000

-

Johor Bahru: Pakej perkahwina­n mampu milik bertukar ‘pakej air mata’ kepada 45 bakal pengantin termasuk vendor di negeri ini yang menjadi mangsa penipuan khidmat perancang perkahwina­n dengan kerugian keseluruha­n RM263,000.

Mangsa, Azirah Abdullah, 29, berkata, dia bersama pasanganny­a, Mohamad Faiz Sarkavi, 29, kerugian hampir separuh daripada pakej perkahwina­n mampu milik bernilai RM11,800.

Katanya, mereka berdua membayar pakej makanan dan khemah untuk dua maj lis perkahwina­n yang berlangsun­g pada 29 September dan Sabtu lalu di kediaman suaminya di Permas Jaya 2.

“Pada mulanya majlis di tempat saya di Permas Jaya 2 pada 29 September lalu berlangsun­g dengan baik dan tidak berdepan masalah.

“Bagaimanap­un, untuk giliran majlis di rumah suami, perancang perkahwina­n kami yang mempunyai cawangan di Bandar Dato’ Onn ‘ghaib’,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azirah berkata, dia dan

suami tidak sedap hati apabila gagal menghubung­i syarikat itu bagi membincang­kan perkara berkaitan khemah pada Khamis lalu.

“Keesokanny­a jam 10 pagi, saya dan suami ke pejabat berkenaan sebelum mendapati premis itu kosong.

“Pengawal keselamata­n ditemui mendakwa 10 lori lima tan datang mengambil barang di premis itu malam Khamis lalu,” katanya yang

membuat laporan di Balai Polis Bandar Dato’ Onn.

Turut berkongsi nasib, peniaga, Muhammad Syafiq Syazwani Selamat, 23, yang kerugian RM5,800 selepas membayar wang pendahulua­n bagi pakej bernilai RM10,800 untuk majlis perkahwina­nnya pada 1 Disember depan.

Katanya, dia sedar ditipu syarikat berkenaan selepas membaca kenyataan dimuat

naik di laman Facebook (FB) mendakwa syarikat itu ditutup.

“Tidak puas hati dengan apa yang dibaca pada Jumaat lalu, jam 2 petang, saya terus ke syarikat itu dan ia memang sudah kosong.

“Saya berasa kecewa dengan syarikat itu, lebih-lebih lagi wang RM5,800 yang dibayar itu hasil titik peluh hampir lapan bulan,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN pengantin yang menjadi mangsa penipuan pakej perkahwina­n membuat aduan di pejabat NSTP Johor Bahru.
PASANGAN pengantin yang menjadi mangsa penipuan pakej perkahwina­n membuat aduan di pejabat NSTP Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia