Harian Metro

Keracunan meningkat kepada 61 kes di tiga negeri

-

Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n pertambaha­n 42 kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling, Kedah.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 14 daripada kes terbabit dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor.

Katanya, hasil siasatan mendapati, pesakit terbabit memakan laksa yang dibeli daripada gerai yang sama sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kes terkini adalah 61 kes.

“Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sudah menjalanka­n pemeriksaa­n terperinci terhadap premis terbabit dan siasatan mendapati, ramuan laksa yang dijual tidak ada kaitan dengan ‘Iceberg Lettuce’ seperti yang tular di media sosial.

“Kita masih menunggu keputusan sampel makanan yang dihantar ke makmal untuk dianalisis. Selain itu, sampel najis dua kes keracunan makanan di Baling adalah positif ‘Salmonella spp’,” katanya.

NSTP semalam melaporkan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang.

Dua yang meninggal dunia ialah Raseah Ali Musa, 70, dan orang kurang upaya (OKU), Abdul Rahim Abdul Manan, 28.

Di Kedah, 24 kes dilaporkan dengan pecahannya ialah 16 kes di Baling, lima kes di Sik dan tiga di Kulim.

Selain itu, 21 kes dilaporkan di Hulu Langat, Selangor dan 16 kes di Hulu Perak, Grik.

Pada masa sama, 21 pesakit ditahan di hospital membabitka­n lima di Hospital Grik, Hospital Pantai Sungai Petani

(lima), Hospital Baling (empat), Hospital Sik (tiga), Pusat Perubatan UKM (PPUKM) (tiga) dan satu di Hospital Columbia Asia.

Selebihnya iaitu 38 pesakit dirawat sebagai pesakit luar dan semuanya stabil.

 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia