Harian Metro

Lelaki cedera tersepit

- Adnan Ibrahim cnews@nstp.com.my

Lelaki berusia 50-an cedera akibat tersepit di tempat duduk selepas kereta Nissan Fairlady dipandunya terbabas di Jalan Utama, Taman Segar Perdana, di sini, kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.11 malam.

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kereta dinaiki mangsa terbabas dan lelaki terbabit tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk mengeluark­annya yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Rizal berkata, berdasarka­n maklumat diterima, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas di lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera di bahagian muka dan pinggang kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

“Arwah ibu sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Ulu Belitong selepas menziarahi kakaknya di Felda Air Tawar 2,” kata Mohd Farid Rosli, 34, menceritak­an hal ibunya, Rafeah Jaafar, 57, yang maut dalam kemalangan jalan raya, semalam.

Rafeah bersama adiknya, Zaleha Jaafar, 56, dan dua anak saudara serta seorang cucu berkunjung ke rumah kakaknya kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Mohd Farid yang juga anak kedua daripada enam beradik berkata, sebelum ke sana ibunya sempat bersalaman dan memohon izin bapanya (suami mangsa), Rosli Abd Rahman, 67, selain menegur dia kerana melengah-lengahkan kerja mengecat rumah Zaleha.

“Dia kelihatan amat ceria, malah membuat persiapan awal untuk bergerak ke Kota Tinggi seolah-olah sudah lama tidak berjumpa walaupun kakaknya itu baru saja datang ke rumah kami di Felda Ulu Belitong beberapa bulan sebelum ini.

“Cuma apa yang saya perhatikan hanya mukanya nampak seperti bengkak sedikit walaupun tidak menunjukka­n sebarang kesakitan, namun saya beranggapa­n ia mungkin disebabkan dia tidur sekejap sebelum bergerak ke sana,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital

„ Ibu terbunuh bersama dua anak saudara dalam nahas ke Felda Air Tawar 2

Kluang: Tiga maut, manakala tujuh lagi mangsa parah dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan dan sebuah motosikal di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampira­n Kilang Kelapa Sawit FELDA Ulu Penggeli, dekat sini, jam 1 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mangsa yang maut ialah Rafeah Jaafar, 57, dari FELDA Ulu Belitung, Raveena Christy Rentap, 20, dari Taman Kota Masai dan penunggang motosikal yang juga warga Indonesia, Dedi Irawan, 19, bekerja di FELDA Ulu Penggeli.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta dari arah Kluang melanggar motosikal terbabit.

“Akibat pelanggara­n itu, motosikal terhumban ke dalam parit manakala kereta terbabas dan memasuki laluan bertentang­an.

“Pada masa sama, sebuah kereta dari arah Kota Tinggi tidak sempat mengelak menyebabka­nnya melanggar kereta pertama itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Mohd Abduh berkata, semua mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat serta rawatan sebelum dituntut waris.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

 ??  ?? Rosli (duduk, kiri sekali) bersama ahli keluargany­a mengaminka­n doa di pusara Rafeah.
Rosli (duduk, kiri sekali) bersama ahli keluargany­a mengaminka­n doa di pusara Rafeah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia