Harian Metro

Bantulah saya!

-

„ Lelaki obesiti rayu bantuan pakar untuk jalani hidup normal semula

“Sebelum sakit, saya bekerja sebagai pembantu katering milik arwah ayah, namun selepas kejadian terjatuh dari bilik air empat tahun lalu, saya tidak lagi bekerja,” kata Mohd Irfan Abd Wafti.

Mohd Irfan, 33, yang mengalami obesiti merayu bantuan perubatan kesihatan daripada mana-mana pihak bertauliah supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Dia yang kini mempunyai berat badan lebih 300 kilogram (kg) hanya mampu mengengsot untuk ke bilik air dan menghabisk­an masa dengan duduk serta berbaring saja.

Irfan berkata, dia berada dalam keadaan begitu sejak empat tahun lalu selepas terjatuh dari bilik air dan mengalami sakit lutut.

Katanya, selepas kejadian itu, dia hanya berehat di rumah hampir setahun, namun lama-kelamaan dia mendapati sakit lututnya tidak pulih malah dia langsung tidak boleh berjalan seperti biasa menyebabka­n berat badan sebelum ini 280 kg bertambah menjadi lebih 300 kg.

“Selepas ayah meninggal, saya hanya tinggal berdua bersama adik lelaki di Alor Setar memandangk­an mak tinggal di Yan selepas berpisah dengan ayah 18 tahun lalu.

“Bagaimanap­un baru-baru ini, adik saya menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke universiti, jadi mak mengajak saya tinggal bersamanya di Yan sebulan lalu dan terpaksa menggunaka­n bantuan pasukan bomba untuk berpindah,” katanya ditemui ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di rumahnya di Kampung Titi Serong, Sungai Yan, semalam.

Menurutnya, bagaimanap­un, keadaan kesihatan ibunya juga tidak menentu kerana menghidap kanser payu dara sejak 1996 dan sudah empat kali menjalani pembedahan serta rawatan radioterap­i.

“Setakat ini saya masih mampu menguruska­n diri kerana boleh mengengsot ke bilik air yang dibuat khas bersebelah­an tempat duduk saya, namun saya bimbang jika keadaan saya makin teruk, saya terpaksa menyusahka­n mak untuk menjaga saya,” katanya.

Dia sedar keadaan dirinya sekarang disebabkan gaya hidupnya sebelum ini yang gemar makan ayam goreng dan kurang bersenam, namun dia kini kesal serta berharap masih berpeluang untuk membaiki kesilapan lalu.

“Alhamdulil­lah saya tiada masalah kesihatan yang serius, cuma masalah berat badan saja yang menghalang saya untuk hidup normal seperti orang lain,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Rohani Ali, 62, berkata, dia kini menyara dirinya dan anaknya itu dengan duit bantuan bulanan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain sedikit bantuan kewangan daripada anak lelaki dan menantu lelakinya.

 ??  ?? MOHD Irfan ditemani ibunya hanya mampu mengengsot untuk ke bilik air di Kampung Titi Serong.
MOHD Irfan ditemani ibunya hanya mampu mengengsot untuk ke bilik air di Kampung Titi Serong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia