Harian Metro

Raih 6 juta penonton

- Sudirman Mohd Tahir cnews@nstp.com.my

“Kalau itu pendapatny­a, kenapa buang status berkenaan? Sepatutnya dia kena tetapkan pendirian,” kata penyanyi Wany Hasrita mengenai status dimuat naik pelakon Fatiya Latiff di Instagram yang dikatakan mempertika­ikan kemenangan­nya sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH31), Ahad lalu.

Wany, 26, atau nama sebenarnya Nurshazwan­y Hasrita Hasbullah berkata, dia tidak mengenali secara peribadi dan tidak pernah bersua muka dengan pelakon itu.

Menurut Wany, dia tetap menghormat­i setiap kritikan dilemparka­n baik dalam kalangan artis atau netizen.

“Saya tidak mahu bercakap daripada artis kepada artis, tetapi lebih kepada pandangan individu kepada individu. Saya faham semua orang ada pendapat sendiri.

“Mungkin dia merasakan itu betul, jadi kita kena hormati pendiriann­ya. Saya sedikit pun tidak kecewa kerana saya tidak rapat dengannya (Fatiya).

Kuala Lumpur: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang bersiaran secara langsung di TV3, malam Ahad lalu meraih 6 juta penonton.

Pencapaian itu menandakan acara yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) itu memonopoli 41.3 peratus syer waktu bersiaran, sekali gus menandingi program televisyen yang bersiaran pada waktu sama.

„ Wany jawab kritikan Fatiya pertikai kemenangan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH31

“Bagi saya, itu pendapat peribadiny­a. Sepatutnya jangan buang status itu kerana ia menunjukka­n pendirian kita,” katanya.

Kelmarin, Fatiya memuat naik status di Instagram yang beranggapa­n Wany tidak layak menang selain menyifatka­n penyanyi itu memiliki suara seperti katak.

Bagaimanap­un, status berkenaan dipadam tidak lama kemudian.

Wany berkata, hingga sekarang dia masih terkejut dan tidak menjangka akan memenangi kategori utama itu.

Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu

Selain televisyen, acara tahunan itu ditonton hampir 600,000 penonton ketika bersiaran secara langsung di akaun YouTube TV3 serta akhbar Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

Siaran langsung di Facebook tiga akhbar berkenaan meraih sebanyak 263,646 tontonan.

Di portal penstriman tonton dan tonton xtra pula memperoleh sebanyak 140,510 tontonan.

juga tidak kisah jika orang ramai terus mempersoal­kan kemenangan­nya.

“Kalau saya menjadi mereka pun, saya akan tertanya-tanya kenapa boleh menang. Tetapi apabila berbalik kepada soal rezeki, ia memang tidak boleh dijangka.

“Saya juga terkejut keputusan malam itu dan begitu juga dengan peminat saya. Mereka memang fokus kepada kategori Penyanyi Wanita Popular. Jadi, mereka memang ‘pulun’ untuk kategori ini,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatka­n kenyataan Fatiya tidak berjaya.

 ??  ?? WANY Hasrita pada malam kemuncak ABPBH31 di PICC.
WANY Hasrita pada malam kemuncak ABPBH31 di PICC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia