Harian Metro

Bina kediaman selesa

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

„ Projek Rumah Senyum bantu mangsa gempa terus kehidupan

Misi kemanusiaa­n Pasar raya Econsave ke Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia, Jumaat hingga Ahad lalu, membawa sinar baru kepada puluhan ribu mangsa gempa bumi apabila mereka disediakan kediaman separa kekal lebih baik bagi menggantik­an kediaman yang musnah dalam bencana melanda pulau itu, Ogos lalu.

Projek amal dinamakan ‘Rumah Senyum’ menyaksika­n 20 rumah didirikan di dua perkampung­an iaitu 12 rumah di Kampung Pengembok, Lombok Utara dan lapan di Kampung Sukadatu di Lombok Timur.

Setiap rumah dikongsi satu atau dua keluarga mangsa gempa bumi berbanding sebelum ini kebanyakan mereka menjalani kehidupan kurang selesa apabila lapan sehingga sembilan keluarga berkongsi satu khemah.

Pengurus Besar Pasar Raya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, setiap Rumah Senyum dibina dengan kos RM1,000 dan dilaksanak­an secara gotong-royong oleh sukarelawa­n.

Katanya, rumah Senyum memiliki satu bilik dan didirikan menggunaka­n bingkai kayu serta beratap serta berdinding kanvas.

“Ia mampu bertahan beberapa tahun sementara menunggu mangsa gempa mendirikan semula kediaman,” katanya yang menyertai misi kemanusiaa­n ke Lombok.

“Selain membina rumah, kami menyampaik­an bantuan makanan ringan kepada kanak-kanak, barang keperluan dapur dan bungkusan pek sanitari untuk wanita.

“Econsave juga menyumbang RM1,000 bagi pembinaan semula masjid yang dirobohkan kerana tidak selamat lagi digunakan di Kampung Sembalun di kaki Gunung Rinjani, selain menjalanka­n usaha pembinaan perigi.

“Untuk misi kemanusiaa­n kali ini, Econsave memberi sumbangan RM50,000 dan masih mengumpul sumbangan orang ramai dengan menyediaka­n tabung khas di semua pasar raya Econsave seluruh negara.

“Econsave menetapkan matlamat mengumpul RM300,000 untuk diagih kepada mangsa gempa bumi di Lombok.

“Ia menjadi Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) kami dan menerima kerjasama daripada Pertubuhan MyCare dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh.

“Kami bercadang mengadakan satu lagi misi kemanusiaa­n di Lombok hujung tahun ini selain mengumpul dana membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi, hujung tahun ini,” katanya.

Seramai 20 sukarelawa­n tempatan menyertai Misi Kemanusiaa­n Pasar Raya Econsave berpadu tenaga dengan rakan sukarelawa­n di Mataram, Lombok, Indonesia bagi membantu mangsa gempa bumi.

Delegasi diketuai Pengerusi MyCare Johor, Dr Mohd Zin Kandar menjalinka­n kerjasama dengan Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU), sebuah NGO di Indonesia, turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh.

Dr Moh Zin berkata, misi kemanusiaa­n itu bertujuan memberi sokongan moral selain bantuan barangan keperluan dan kewangan bagi meringanka­n beban mangsa bencana alam itu.

“Begitu sedih melihat kemusnahan di pulau ini dan kita sebagai jiran terdekat perlu menghulurk­an bantuan.

“Kami berpeluang meninjau ke lokasi bersama PKPU Human Inisiatif Indonesia serta menghulurk­an bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KRS Musleh, Abd Rahaim Md Isa berkata, pihaknya berusaha membantu mangsa gempa iaitu pelajar dan murid sekolah bagi meneruskan pembelajar­an.

“Kami sedang mengumpul dana membina sekolah dan masjid di Lombok demi masa depan mangsa gempa bumi berkenaan,” katanya.

Koordinato­r PKPU Lombok, Dedi Aris Sandi berkata, pihaknya berterima kasih kepada peserta misi kemanusiaa­n Econsave dan KRS Musleh dari Malaysia yang tampil membantu mangsa.

Sumbangan kepada mangsa Lombok boleh disalurkan kepada HUMANITARI­AN CARE MALAYSIA BERHAD menerusi akaun Maybank Islamic 5642-5856-0698, CIMB Islamic 86-0213559-2 atau Bank Islam 1209201003­4904.

Orang ramai boleh menghulurk­an sumbangan menerusi kotak khas yang disediakan di semua pasar raya Econsave di seluruh negara.

 ??  ?? MAS Imran (tiga dari kiri) bersama sukarelawa­n dan mangsa gempa bumi di Mataram, Lombok.
MAS Imran (tiga dari kiri) bersama sukarelawa­n dan mangsa gempa bumi di Mataram, Lombok.
 ??  ?? PENYEDIAAN air bersih beri kelegaan kepada mangsa.
MAS Imran bersama mangsa gempa di hadapan Rumah Senyum.
PENYEDIAAN air bersih beri kelegaan kepada mangsa. MAS Imran bersama mangsa gempa di hadapan Rumah Senyum.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia