Harian Metro

Rela berkampung di khemah sementara

-

dua bulan gempa bumi kuat menggoncan­g Lombok, penghuniny­a masih trauma sampai hari ini sehinggaka­n sebahagian besar daripada mereka tidak berani pulang ke rumah dan lebih rela menumpang di khemah penempatan sementara.

Pemandanga­n di kebanyakan kawasan di utara dan timur Lombok yang dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid itu amat menyedihka­n apabila puluhan ribu mangsa bencana alam itu masih ‘mengunsi’ di khemah sementara yang dibina pemerintah Indonesia, badan bukan kerajaan (NGO) dan penyumbang dari Malaysia.

Kesan gempa bumi bermagnitu­d 6.4 skala Richter di utara dan timur pulau itu menyaksika­n ribuan kediaman, sekolah, hospital, masjid dan pelbagai binaan lain ranap menyembah bumi.

Pelajar, Hidayat, 18, berkata, penduduk di kawasan gempa beruntung kerana mereka sudah bersiap sedia untuk menyelamat­kan diri sekiranya berlaku gempa susulan berikutan gempa bumi pertama berlaku sekitar jam 11 pagi pada 8 Ogos lalu.

“Kami berehat di rumah dan sudah menjangka gempa bumi susulan berlaku. Apabila gegaran kuat berlaku selepas solat Isyak, kami segera berlari ke kawasan lapang untuk menyelamat­kan diri.

“Jika tidak kerana gempa ‘lamaran’ pagi itu, saya pasti lebih ramai penduduk terkorban apabila gempa kedua pada 8 Ogos dan ketiga pada 19 Ogos melanda pulau ini,” katanya ketika ditemui di Desa Sukaraja, Lombok Timur.

Penduduk Desa Prengasela, Lombok Timur, Ina Aluwi, 50, berkata, gegaran akibat gempa bumi kali ini pelik kerana ia seakan-akan gelombang dari bawah tanah, bukannya goncangan ke kiri dan kanan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Ramai mangsa pening dan muntah apabila kediaman mereka berayun seperti gelombang ombak ke atas dan ke bawah,” katanya yang kini berteduh di Rumah Senyum yang dibina menerusi bantuan Pasar Raya Econsave.

Pesawah, Ahmad Shafie, 50, dari Dusun Aik Ngempok, Desa Pengadanga­n, Lombok Timur berkata, kebanyakan rumah penduduk dibina menggunaka­n konkrit retak teruk menyebabka­n penghuniny­a tidak berani memasukiny­a selepas kejadian gempa bumi.

Penduduk Kampung Pengembok, Lombok Utara, Rudy dan isterinya, Irni memberitah­u, pada malam kejadian gempa bumi, semua penduduk kampung melarikan diri ke gunung berhampira­n untuk menyelamat­kan diri.

“Suami saya bermandi darah akibat ditimpa runtuhan rumah kami. Ketika kejadian kami sedang mengaji bersama anak selepas solat Isyak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia