Harian Metro

2 HARI HUJAN MENCURAH

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

„ Kampung Lubok Batu dilimpahi air sungai

Jitra

“Habis semua perabot dan barangan elektrik dalam rumah tak dapat diselamatk­an dan ditenggela­mi air kerana belum sempat berbuat apa-apa air dah masuk ke dalam rumah,” kata Fadzilah Jusoh, 71.

Fadzilah antara 71 mangsa banjir dari 20 keluarga yang ditempatka­n Pusat Pemindahan Sementara

(PPS) di PPK Lubok Batu, di sini sejak awal pagi semalam.

Menurutnya, hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabka­n Sungai Padang Terap berhampira­n rumahnya di Kampung Lubok Batu dilimpahi air sungai sekaligus menenggela­mkan rumah penduduk berhampira­n.

“Air masuk ke dalam rumah jam 1 pagi tadi menyebabka­n saya dan anak, Siti Hajar Ramli, 17, mengambil dokumen penting sebelum meranduk keluar dari rumah untuk menyelamat­kan diri.

“Namun ketika itu kami nampak ada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu berada tidak jauh dari kami dan sedang membuat pemantauan di kawasan itu sebelum membantu memindahka­n kami ke PPS di Lubok Batu di sini,” katanya.

Mangsa lain, Asmah Saad, 66, berkata, dia sudah menjangkak­an banjir akan berlaku di rumahnya berikutan keadaan hujan lebat yang berterusan sejak malam kelmarin menyebabka­n dia sudah bersiap sedia lebih awal menyelamat­kan barangan berharga.

Namun katanya, dia tidak sempat menyelamat­kan barangan lain seperti perabot dan barangan elektrik yang ditenggela­mi air.

“Setiap kali hujan, air tandop di kawasan itu akan dibuka menyebabka­n air sungai melimpah dan rumah saya akan dimasuki air terlebih dahulu,” katanya.

Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Kubang

Pasu, Kapten (PA) Kamalruzam­al Kasa berkata, setakat jam 3 petang semalam, hanya satu keluarga dipindahka­n ke PPS Lubok Batu di sini menjadikan jumlah keseluruha­n 71 keluarga.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an akan berlaku pertambaha­n bilangan mangsa di daerah ini sekiranya hujan berterusan dan akan membuka PPS baru jika diperlukan.

Dalam pada itu, Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Kewangan yang merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ku Iskandar Ku Saad berkata, pihaknya akan mengkaji untuk memberi bantuan susulan kepada semua mangsa terbabit.

 ??  ?? FADZILAH (kanan) mengemas pakaian sambil ditemani Siti Hajar di PPS PPK Lubuk Batu, Jitra.
FADZILAH (kanan) mengemas pakaian sambil ditemani Siti Hajar di PPS PPK Lubuk Batu, Jitra.
 ??  ?? KAMALRUZAM­AL
KAMALRUZAM­AL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia