Harian Metro

Terima hati “S

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

aya menerima dengan hati terbuka atas segala keputusan yang dibuat menteri supaya pengurusan dan perjalanan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bergerak lancar demi membangun industri filem negara,” kata bekas Ketua Pengarah FINAS Datuk Fauzi Ayob.

Beliau yang ditukarkan serta-merta ke Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berikutan kemelut yang melanda agensi itu membabitka­n penyelewen­gan dana RM16 juta yang dibongkar akhbar ini bulan lalu.

Fauzi digantikan Timbalan Ketua Setiausaha KKMM, Shakib Ahmad Shakir yang dilantik sebagai pemangku ketua pengarah manakala Timbalan Ketua Pengarah FINAS kini dipangku

„ Bekas Ketua Pengarah FINAS jawab isu dana RM16j

Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin bagi menggantik­an Datuk Azmir Saifudin Mutalib yang turut ditukar berkuat kuasa, kelmarin.

Fauzi berkata, penstruktu­ran semula FINAS dan pemindahan sementara beliau dan timbalanny­a diterima dengan rela hati demi kelancaran dan ketelusan dalam apa bentuk sekalipun yang berkaitan dengan FINAS.

“Penstruktu­ran semula pengurusan FINAS oleh menteri sebagai langkah memastikan kelancaran tadbir urus berikutan pengurusan FINAS adalah tanggungja­wab beliau kerana FINAS sebagai badan menyelia segala bentuk yang berkaitan perfileman tanah air berada di bawah KKMM.

“Selama ini FINAS memang memainkan peranan penting dalam usaha meningkatk­an mutu dan pengeluara­n filem tanah air,” katanya.

Menurutnya, penstruktu­ran FINAS dan perpindaha­n sementaran­ya dikaitkan dengan skandal ketirisan dana RM16 juta yang diberikan kepada beberapa syarikat perfileman pada 2013 hingga 2016 untuk menerbit tujuh filem dan satu filem animasi tetapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia