Harian Metro

‘Saya sanggup tidur di kandang lembu setiap malam’

-

Kuala Berang: Kerana terlalu sayangkan 13 lembu baka

yang diternak sejak 2010, seorang pemuda sanggup bermalam di kandang lembunya di Kampung Cepoh sejauh 20 kilometer dari rumahnya di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, bagi melindungi ternakanny­a itu daripada dicuri.

Mohd Shahrir Mustapha @ Harun, 36, berkata, dia tidak kisah tanggapan masyarakat mengenai ‘kegilaanny­a’ terhadap lembu baka itu sehingga sanggup meninggalk­an keselesaan berada di rumah dan tidur bersama lembu setiap malam di kandang ternakan itu.

“Lembu baka saya bernilai lebih RM10,000 setiap seekor. Justeru, risiko ia dicuri sangat tinggi. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya sanggup menemani lembu di kandang pada setiap malam.

“Jika orang yang tidak faham, mereka menganggap dan menuduh perbuatan saya ini pelik serta terlalu taasub pada usaha menternak lembu baka ini. Tetapi dalam kalangan penternak, ia sudah menjadi asam garam untuk memastikan lembu terjaga rapi.

“Bukan saja bermalam di kandang lembu, tetapi beberapa tahun sebelum ini saya pernah tidur di tepi seekor anak lembu yang kematian ibu di kandangnya kerana bimbang ia mati kesejukan kerana baru dilahirkan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Shahrir berkata, selain lembu baka itu, dia terlebih dulu menternak kambing dan pada 2008 serta kini mempunyai 20 kambing yang produktif mengeluark­an susu dan mendapat permintaan tinggi untuk dagingnya.

“Di mata ramai orang, kegiatan dijalankan ini sangat menjijikka­n kerana perlu bergeluman­g dengan najis dan lumpur, tetapi sebenarnya ia jauh lebih menguntung­kan daripada bekerja makan gaji di sektor kerajaan atau swasta.

“Lembu yang diternak ini bukan berharga RM5,000 atau RM6,000 seekor, tetapi mencecah puluhan ribu bergantung kepada saiz dan usia. Justeru, ia memberi pulangan menguntung­kan apabila dijual.

“Biarpun kos keseluruha­n makanan untuk semua ternakan sebanyak RM2,000 sebulan, ia berbaloi kerana harga pasaran lembu baka ini tidak kekal dan biasanya boleh dijual dengan harga tinggi untuk seekor,” katanya.

Katanya, rekod harga lembu termahal yang pernah dijualnya ialah pada November tahun lalu iaitu seekor lembu baka seberat 828 kilogram (kg) berusia 11 bulan dengan harga RM17,000. “Pada 2016, lembu

kacukan seberat 634kg pernah dijual dengan harga RM12,000 seekor untuk disembelih pada satu Program Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di Kemaman.

“Ramai juga yang datang ke kandang untuk membeli lembu diternak, tetapi tidak semua lembu ini saya sedia untuk menjualnya biarpun ditawarkan dengan harga tinggi kerana perasaan sayang pada ternakan melebihi wang ringgit.

“Terbaru pada September lalu, saya membeli lembu daripada rakan ternak lain dengan harga RM15,000 seekor untuk dijadikan pembaka dan ia seberat 750kg,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shahrir memberi makan lembu baka belgium blue yang diternak di kandangnya dekat Kampung Cepoh.
MOHD Shahrir memberi makan lembu baka belgium blue yang diternak di kandangnya dekat Kampung Cepoh.
 ??  ?? MOHD Shahrir bersama lembu baka charolais kacukan belgium blue yang diberi nama Boss seberat 900 kilogram.
MOHD Shahrir bersama lembu baka charolais kacukan belgium blue yang diberi nama Boss seberat 900 kilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia