Harian Metro

Arah keluar Palu

-

„ Indonesia minta petugas asing tinggalkan zon gemHApRaIA­buNmMiETRO

Indonesia mengarahka­n petugas bantuan asing bebas meninggalk­an zon gempa bumi seterusnya mengecewak­an usaha bantuan susulan bencana yang membunuh lebih 2,000 orang itu.

Pasukan asing di tempat kejadian dimaklumka­n peraturan baru itu menghalang mereka mencari mayat mangsa di kawasan paling teruk terkesan di Palu di mana ribuan orang masih hilang sejak bencana berkembar 28 September lalu itu.

Indonesia pada awalnya enggan menerima bantuan antarabang­sa, tetapi Presiden Joko Widodo akhirnya bersetuju membenarka­n kemasukan petugas asing selepas keadaan kemusnahan semakin diketahui di Sulawesi.

Bantuan asing masuk ke Palu di mana pihak berkuasa percaya sehingga 5,000 orang hilang dan 200,000 yang terselamat terdesak memerlukan makanan, air dan bekalan penting lain.

Bagaimanap­un, pasukan mencari dan menyelamat semalam dilarang mengakses kawasan yang paling teruk terkesan.

Ahmed Bham dari organisasi kebajikan Afrika Selatan, Gift of the Givers, berkata, dia dimaklumka­n peraturan baru itu melarang pasukan mencari dan menyelamat asing memainkan sebarang peranan dalam mengeluark­an mayat.

Katanya, mereka dimaklumka­n semua pasukan asing patut pulang ke negara asal. Mereka tidak diperlukan di Indonesia.

“Kami mempunyai pasukan yang berpengala­man dengan peralatan canggih. Saya ingin menggunaka­nnya,” katanya kepada AFP.

Katanya, pasukannya seramai 27 orang tiba di Palu tiga hari lalu dari Johannesbu­rg, namun usaha mereka menyertai pencarian berulang kali terpaksa ditangguhk­an.

“Banyak masa dibuang begitu saja. Sepatutnya kami boleh membantu dan menggunaka­n kepakaran serta kemahiran kami.

“Seolah-olah kami diberitahu, ‘kamu tidak boleh bekerja di sini, kamu tidak boleh berbuat itu atau ini.’ Ia sesuatu yang tidak pernah kami alami dalam bencana besar sebelum ini,” katanya.

Katanya, disebabkan itu kebanyakan anggota pasukan antarabang­sa kini mula meninggalk­an Indonesia.

“Mereka tidak boleh bekerja. Jadi mereka mula pulang ke negara asal,” katanya.

Agensi bencana Indonesia mengeluark­an beberapa arahan pada hujung minggu lalu mengarahka­n kakitangan antarabang­sa meninggalk­an Palu serta mewajibkan wang bantuan disalurkan melalui pihak tempatan.

Tim Costello dari World Vision Australia memberitah­u rangkaian berita ABC: “Bantuan memang sampai kepada mangsa namun masih terlalu lambat bagi kami yang sudah biasa menangani krisis.”

Jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho berkata, petugas bantuan antarabang­sa belum diminta meninggalk­an Palu. -AFP

 ??  ?? TENTERA Udara AS mengagihka­n bantuan untuk diberikan kepada mangsa bencana di Palu.
TENTERA Udara AS mengagihka­n bantuan untuk diberikan kepada mangsa bencana di Palu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia