Harian Metro

MRA bakal buka pusat perubatan rawat mangsa

-

Kuala Lumpur: Malaysian Relief Agency (MRA) akan membuka pusat perubatan untuk mangsa gempa bumi serta tsunami di Palu, Sulawesi Tengah dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya minggu ini.

Timbalan Presiden MRA Khairil Anuar Khalid berkata, ia bagi menampung keperluan perubatan yang sangat mendesak ketika ini berikutan kebimbanga­n penyebaran penyakit seperti penyakit kulit dan kolera selain mengatasi trauma dialami ribuan mangsa.

“Bencana mengakibat­kan banyak Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) di situ mengalami kerosakan dan tidak boleh beroperasi menyebabka­n mangsa sukar mendapatka­n rawatan.

“Kumpulan pertama misi kemanusiaa­n MRA sudah menyalurka­n sumbangan kepada 100 keluarga mangsa gempa bumi di Palu iaitu pek makanan asas dan mereka kini dalam proses membuka pusat perubatan berpusat di Palu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau turut memaklumka­n pihaknya berurusan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di sana bagi tujuan itu dan ia akan diteruskan walaupun kerajaan Indonesia mengarahka­n petugas bantuan asing bebas, meninggalk­an zon gempa bumi dan kumpulan petugas asing bersama kakitangan yang berada di kawasan bencana perlu keluar dari Pulau Sulawesi.

Khairil berkata, misi MRA yang turut mendapat kerjasama Dewan Dakwah Indonesia (DDI) juga akan menyalurka­n lebih banyak sumbangan iaitu pek makanan asas, susu bayi dan lampin pakai buang dalam masa terdekat.

Katanya, dalam pada itu rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menghulur sumbangan dan ia boleh disalurkan ke akaun Public Bank 39885 91608 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubung­i Mohd Fadhil Baharudin di talian 013 4557020 atau pejabat MRA di talian 03 9174 4672.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia