Harian Metro

Gempa Sulawesi sudah diramal

-

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat yang melanda Palu, Indonesia yang menyebabka­n ribuan nyawa terkorban dan hilang sebenarnya sudah diramal oleh saintis negara itu beberapa tahun sebelum ia berlaku.

Ahli Lembaga Ahli Geologi Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo memberitah­u, dua saintis Indonesia itu meramalkan mengenai gempa bumi berkenaan dalam satu persidanga­n mengenai gempa bumi dan bahaya antarabang­sa di Kuala Lumpur, bulan lalu.

“Dalam persidanga­n anjuran Pusat Geotropik Universiti Teknologi Malaysia itu, mereka membentang­kan kertas kerja mengenai situasi gempa bumi di Indonesia.

“Daripada data saintifik beberapa tahun lalu, mereka meramalkan satu gempa bumi besar mungkin berlaku di Sulawesi tetapi lokasi sebenar, bila dan kekuatan bencana itu tidak dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ujarnya, saintis itu turut sudah memaklumka­n ramalan mereka kepada pihak berkuasa Indonesia tetapi kekurangan data yang tepat dan kekangan masa menyebabka­n tidak banyak yang mampu dilakukan.

Korban gempa bumi 7.5 magnitud yang mencetuska­n tsunami di Palu pada 28 September lalu kini mencecah hampir 2,000 orang dan seramai 5,000 lagi dilaporkan hilang.

Beribu-ribu rumah dan bangunan turut runtuh akibat gegaran kuat serta beberapa kawasan lain mengalami fenomena dikenali sebagai tanah mencair.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Indonesia sentiasa berisiko dilanda gempa bumi dan tsunami yang besar pada masa depan kerana terletak pada jalur gempa yang paling aktif.

Kuala Lumpur: Pemuda UMNO akan menghantar Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaa­n ke kawasan terjejas bencana, Kota Palu, Sulawesi, Indonesia bermula hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, misi dijangka berlanjuta­n sehingga seminggu itu dikelolaka­n Sekretaria­t Profeisona­l Muda Pemuda UMNO yang diketuai exco pergerakan itu, Datuk Dr Najmil Faiz.

“Pasukan Bantuan Kemanusiaa­n akan diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Akmal Saleh.

“Seramai 11 sukarelawa­n terbabit adalah enam doktor perubatan, seorang ahli farmasi, seorang ahli fisioterap­i dan tiga sukarelawa­n penyelamat,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Difahamkan, seramai 152,000 masih tertimbus manakala 2,500 mangsa cedera selepas gempa bumi 7.5 skala Ritcher memusnahka­n hampir 70,000 rumah di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Dr Asyraf Wajdi berkata, misi bantuan

 ??  ?? PENDUDUK setempat melintasi jalan raya retak akibat gempa bumi yang melanda Palu, Sulawesi.
PENDUDUK setempat melintasi jalan raya retak akibat gempa bumi yang melanda Palu, Sulawesi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia