Harian Metro

Cadang perkenal cukai baru

- Mohd Anwar Patho Rohman, Nora Mahpar dan Farah Adilla cnews@nstp.com.my

„ Pertimbang lepas aset untuk atasi krisis hutang

Kerajaan bercadang untuk memperkena­lkan cukai baru bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan juga mempertimb­angkan melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangk­an beban untuk membayar hutang yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu.

“Ia cukai yang berbeza, tetapi akan mengurangk­an beban rakyat. Inilah tujuannya...untuk bayar hutang kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaik­an ucaptama sempena Forum Malaysia Dalam Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB di sini, semalam.

Ketika berucap pada forum berkenaan, Dr Mahahathir berkata, kerajaaan perlu melepaskan aset baru bagi mendapatka­n dana untuk menyelesai­kan krisis hutang negara.

“Dalam situasi yang sebenar, duit digunakan untuk melabur dan mendapatka­n dividen dan kita tahu duit itu dilaburkan di mana. Jika kita tahu duit itu di mana dilaburkan, sekarang kita tidak tahu di mana wang itu berada. Sebab itu kita kena cari sumber lain.

“Ada cadangan supaya kerajaan melepaskan aset seperti tanah dan menjualnya kepada pelabur tempatan.

“Hasil daripada pembanguna­n itu, ia akan disalurkan kembali kepada kerajaan,” katanya.

Beliau turut yakin Malaysia mampu bangkit kembali daripada krisis kewangan ketika ini yang hampir sama pernah dihadapi negara pada tahun 1997/1998.

“Krisis 1997/98 kita cari solusi sendiri dan sekarang situasi agak sama. Bila mata wang rendah, ekonomi juga perlahan. Masalah ketika ini ialah kita perlu cari duit untuk bayar hutang yang besar oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita yakin kita mampu atasi krisis ini ekrana kita sudah tempuhi dan berjaya tangani masalah itu sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mahu forum yang diadakan pada hari ini mampu menyumbang idea kepada pembentuka­n dasar kerajaan dan Malaysia kembali menjadi Harimau Asia yang digeruni di rantau ini.

“Dalam lawatan saya ke Amerika Syarikat dan United Kingdom sebelum ini, kita berjaya menarik minat pelabur di sana untuk datang ke Malaysia.

“Saya pasti masa itu akan tiba dan ia akan meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi negara dan merapatkan jurang hutang negara,” katanya.

Beliau turut menzahirka­n rasa kecewa terhadap pentadbira­n kerajaan sebelum ini.

“Saya kecewa terhadap pentadbira­n pengurusan kewangan kerajaan terdahulu dan kerja yang perlu dilakukan untuk selesaikan masalah yang ditinggalk­an,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir pada Forum Malaysia Dalam Era Baharu, semalam.
DR Mahathir pada Forum Malaysia Dalam Era Baharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia