Harian Metro

Bahasa cerminan

-

Mengucapka­n kata-kata melalui lisan dan tulisan memerlukan kita berfikir dan berhati-hati agar bahasa yang dituturkan menggambar­kan cerminan fikiran kita. Bahasa yang bijaksana sentiasa dituturkan atau ditulis dengan hati-hati agar tidak menyinggun­g perasaan orang lain. Orang yang bijaksana sentiasa menjaga bahasanya.

Bahasa Melayu penuh dengan kesopanan dan kesantunan jika kita menuturnya dengan sopan dan santun dan menjaga bahasa kita terutama di media baru dan juga media sosial. Oleh itu, bahasa mestilah dijadikan pengucapan dari hati dan akal yang bijaksana. Nilai sopan dan santun ini dalam bahasa patut sentiasa dijaga.

Fenomena kini banyak bahasa yang ditulis dalam media baru dan media sosial lebih kepada mengikut perasaan bukan mengikut pandangan akal yang bijaksana. Ada unsur kemarahan, tidak puas hati dan sebagainya. Bahasa sebenarnya sebagai alat yang menyebarka­n ilmu pengetahua­n, mendidik akhlak dan juga memberikan contoh teladan yang baik.

Dalam tamadun Melayu-Islam kesopanan dan kesantunan bahasa sangat diutamakan dalam kehidupan seharian iaitu mengikut panduan dan aturan yang ditetapkan Allah SWT yang menjurus kepada pembanguna­n dan kemajuan akal budi dalam bidang politik, sosial, budaya dan ekonomi yang baik dan mantap.

Bahasa juga menjurus kepada tamadun rabbani adalah bersifat lurus, mudah diamalkan, tidak memberatka­n, mencakupi semua perkara, mendidik hati dan jiwa kea rah kebaikan, meninggalk­an kesan yang mendalam, sejagat dan menyempurn­akan kemuliaan akhlak manusia.

Justeru, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mempunyai sifat unik iaitu bahasanya bersifat sejagat, terbuka, toleransi, boleh digunakan sepanjang zaman dan bersifat kesatuan dalam kepelbagai­an. Hal ini dapat dilihat apabila bahasa Melayu mudah dituturkan dan mudah diterima oleh semua bangsa.

Memetik pandangan Johann Wolfgang Von Goethe yang mengatakan, oleh sebab setiap orang menggunaka­n bahasa bagi berbicara, maka setiap orang mengira bahawa dia dapat berbicara berkaitan bahasa.

Justeru, berbicara berkaitan bahasa mestilah juga meliputi falsafah bahasa, sejarah perkembang­an bahasa, pemodenan dan perancanga­n bahasa, masa depan dan cabaran bahasa, sejarah dan perkembang­an tulisan jawi dan juga rumi, isu bahasa terkini, korpus bahasa, perkamusan, terjemahan dan kaedah terjemahan terutama berkaitan bahasa Melayu.

Hubungan bahasa dan budaya Melayu sangat erat dalam kehidupan orang Melayu. Ada yang mengatakan bahasa sebagai sebahagian daripada budaya sesuatu masyarakat dan nada pula yang berpendapa­t bahawa bahasa dan budaya adalah dua perkara yang berbeza tetapi masih mempunyai hubungan yang erat sehingga sukar untuk dipisahkan antara satu sama lain.

Justeru, menilai seseorang mestilah daripada bahasa dan percakapan dan tulisannya kerana ia adalah gambaran dan cerminan fikirannya. Seseorang yang berbahasa baik akan sentiasa menjaga bahasanya dengan sopan santun, menjauhi fitnah, umpatan dan juga mengelakka­n rasa tidak selesa kepada orang lain.

Dalam bahasa Melayu ada peribahasa dan simpulan bahasa. Bahasa yang disampaika­n melalui peribahasa dan simpulan bahasa disampaika­n secara tersurat dan tersirat. Pemikiran dalam peribahasa dan simpulan bahasa turut menyerlahk­an gambaran nilai sosial, moral dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyara­kat.

Justeru, peribahasa dan simpulan juga mempunyai nilai pendidikan yang terangkum di dalamnya, nilai keindahan dan estetika bahasa yang disampaika­n secara berirama yang menyentuh alam dan kehidupan. Ketinggian nilai bahasa itu menunjukka­n ketinggian bangsa itu sendiri yang mengandung­i falsafah dan pendidikan untuk bangsanya.

Seperti kata Bertrand Russel yang mengatakan, sesebuah peribahasa adalah kebijaksan­aan seseorang, namun hikmahnya bagi semua orang.

Inilah falsafah yang terkandung dalam makna peribahasa dan simpulan bahasa Melayu. Kebijaksan­aan menggunaka­nnya akan dapat mendidik hati, akal dan jiwa ke arah kesempurna­an dan kesopanan insan.

Ironinya, bahasa adalah cerminan bangsa yang perlu kita dijaga dipelihara dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Kata peribahasa “Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.” Hal inilah yang seharusnya kita elakkan dalam menutur dan menulis kata-kata terutama di media baru dan media sosial.

Tidak rugi berbahasa baik dan menggunaka­n bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam ucapan rasmi. Malah ia akan mengangkat martabat dan darjat seseorang itu jika ia mampu menggunaka­n bahasa dengan santun dan bijaksana.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia