Harian Metro

Peringatan buat insan

-

bahawa Allah hantar azab dari sebelah atas.”

Sebab itu, Nabi SAW ketika membaca ayat itu, Baginda berdoa: “Aku mohon perlindung­an daripada-Mu ya Allah dengan wajah-Mu yang mulia daripada ditimpa bala dari atas.”

Dalam ayat 65, Surah alAn’am itu juga dinyatakan, bala datang dari bawah kaki kamu. Menurut ulama tafsir, berlaku ‘ditelan’ iaitu dalam keadaan bumi terbelah lalu semuanya akan tertanam di dalamnya, berlaku gempa bumi dan seumpamany­a sehingga satu kawasan itu berubah sama sekali.

Bala bencana itu sudahpun berlaku kepada umat terdahulu. Antara tempat sejarah yang ditelan bumi adalah Fayyum di Mesir iaitu tempat Qarun ditelan bumi.

Selain itu, satu lagi kaum yang dilaknat dan dihancurka­n Allah SWT adalah kaum Thamud kerana sifat bongkak, angkuh serta tidak beriman kepada Nabi Saleh AS sebagai nabi utusan Allah.

Kesan sejarah kota yang pernah dihuni kaum Thamud itu digelar Madain Saleh, terletak 400 kilometer dari Madinah.

Sisa kehancuran kota itu boleh dilihat sehingga kini untuk dijadikan iktibar buat manusia.

Keingkaran kaum Thamud menyebabka­n Allah SWT menimpakan pendudukny­a dengan azab angin dan suara yang sangat kuat sehingga memusnahka­n peradaban kaum itu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orangorang yang zalim itu dibinasaka­n oleh satu letusan suara yang menggempak­an bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Mereka punah-ranah) seolaholah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhn­ya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhn­ya kebinasaan­lah akhirnya bagi kaum Thamud.” (Surah Hud, ayat 67-68)

Kaum Thamud dahulunya tinggal di gunung besar yang mereka pahat menyerupai bangunan besar. Cuma tempat seumpama itu tidak digalakkan pergi.

Bagaimanap­un Nabi

SAW menyatakan, jika sampai ke tempat yang dilaknat Allah itu, kita perlu menangis. Jika tidak menangis sekalipun, perlu buatbuat menangis.

Baru-baru ini, apabila berlakunya gempa bumi di Indonesia, kita menerima banyak rakaman video yang menunjukka­n detik tsunami melanda terutamany­a di kawasan Palu, Sulawesi sehingga keadaan ketika itu menjadi huruhara.

Betapa kuatnya kesan tsunami itu menyebabka­n kemusnahan kediaman dan bangunan. Mangsa korban juga ramai walaupun tsunami itu melanda cuma seketika saja.

Adakah kita yang masih selamat ini masih tidak mengambil iktibar apa yang berlaku? Jika bencana itu masih belum memberi rasa keinsafan, ia satu kerugian besar buat diri kita.

Sejak dari dulu hingga sekarang, sudah banyak kejadian gempa bumi berlaku. Peristiwa awal yang pernah berlaku di Madinah pada tahun 654 Hijrah apabila sebuah bukit di al-Harrah al-Syarqiyyah meletup

„ Allah turunkan musibah di dunia supaya insafi diri

dan mengeluark­an api.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga keluar api dari bumi Hijaz yang akan menerangi tengkuk unta di Busra (Syria).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ahli sejarah menyatakan, peristiwa itu turut diikuti gempa bumi dan gegaran yang menggoncan­g bangunan sehingga atap Masjid Nabi juga retak dan mengeluark­an bunyi rekahan.

Selain itu, lahar yang keluar turut disusuli asap tebal. Pada malam hari, berlaku letupan dan muncul api yang sangat besar sehingga menerangi seluruh bandar berkenaan.

Peristiwa itu berlanjuta­n selama tiga bulan sebelum ia berhenti.

Ia adalah salah satu tanda kiamat kecil yang menunjukka­n mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ?? MUSIBAH yang berlaku di dunia ini adalah satu peringatan buat manusia.
MUSIBAH yang berlaku di dunia ini adalah satu peringatan buat manusia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia