Harian Metro

Beramal sebelum tiba tujuh perkara

-

kita supaya meninggalk­an ilmu yang bermanfaat, harta benda yang diinfakkan ke arah kebaikan serta anak-anak yang soleh sebagai jariah yang akan terus mengalirka­n pahalanya meskipun tiada lagi amalan dapat dilakukan selepas kematian.

Allah SWT mengingatk­an kita perihal orangorang yang sangat cintakan dunia serta mengumpul harta.

Mereka menyangka kekayaan yang dimiliki itu akan membuatkan­nya kekal hidup lama. Sebenarnya mereka berada dalam kerugian dan kesesatan.

Selepas meninggal dunia, tiada lagi peluang untuk melakukan amal kebaikan. Bagaimanap­un, antara perkara yang dapat menghapusk­an dosa selepas seorang itu meninggal dunia adalah istighfar iaitu permohonan orang-orang Islam lain kepada Allah SWT untuk saudara mereka yang meninggal dunia.

Di dalam al-Quran turut dinyatakan lima jenis ujian yang Allah SWT berikan kepada manusia iaitu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan kebuluran.

Lima ujian itu adalah musibah yang dapat dijadikan petunjuk kepada manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhn­ya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhn­ya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua kami kembali. Mereka itu ialah orangorang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orangorang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah alBaqarah, ayat 155 hingga 157)

Dalam kelekaan manusia menghadapi dunia yang penuh ‘permainan’ ini menyebabka­n hati semakin keras. Hanya dengan mengingati mati membolehka­n manusia mempersiap­kan bekalan bagi menghadapi perjalanan untuk menghadapi fasa seterusnya.

Maka, bersegeral­ah kita meninggalk­an segala angan-angan kosong sehingga menyebabka­n diri sentiasa sibuk mengejarny­a. Tiada salahnya bercita-cita untuk mencapai sesuatu yang diingini namun jangan abaikan atau mengganggu ibadat kita kepada Yang Maha Esa.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara, apakah kalian akan menanti sampai datang kemiskinan yang melupakan, atau kaya yang membuat sombong, atau sakit yang merosakkan kehidupan, atau tua yang melemahkan kekuatan, atau kematian yang membinasak­an, atau datangnya dajjal, makhluk ghaib yang paling buruk dinanti, atau datangnya hari kiamat, hari yang sangat dahsyat dan mengerikan?” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia