Harian Metro

Penyebaran ideologi Salafi Jihadi terkawal

-

Kuala Lumpur: Ideologi Salafi Jihadi masih dalam keadaan terkawal dan hanya dikesan di pusat pembelajar­an agama di Perlis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memantau pusat pembelajar­an agama di negara ini berhubung penyebaran fahaman ideologi berkenaan.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati penyebaran fahaman ideologi berkenaan di negara ini terkawal.

“Setakat ini, risikan mendapati hanya sebuah pusat pembelajar­an agama di Perlis terbabit dalam penyebaran ideologi berkenaan.

“Bagaimanap­un, pusat pembelajar­an itu sudah kita serbu, semalam (kelmarin) memandangk­an dua daripada warga asing yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 Sep- tember lalu adalah tenaga pengajar di situ,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pemantapan Integriti dan Pelancaran Jurnal Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan fahaman berkenaan tidak disebarkan di pusat pembelajar­an agama di negeri lain.

“PDRM kini mengambil langkah proaktif dan pencegahan awal bagi mengelakka­n ideologi berkenaan berleluasa di negara ini.

“Kami khuatir kerana mereka mahu menjadikan pusat tahfiz (Darul Quran Wal Hadis) di Perlis sebagai tapak untuk mereka mengembang­kan ideologi (Salafi Jihadi dan Daish) di negara ini,” katanya.

Kelmarin, sebuah pusat pembelajar­an Islam di Perlis diserbu Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (dua dari kiri) melancarka­n Seminar Pemantapan Integriti dan Jurnal PDRM 2018, semalam.
MOHAMAD Fuzi (dua dari kiri) melancarka­n Seminar Pemantapan Integriti dan Jurnal PDRM 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia