Harian Metro

Bertahan sampai esok

-

Banting: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) antara agensi kerajaan yang menerima agihan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berikutan gangguan bekalan air selama tiga hari bermula semalam.

Pegawai Komunikasi Korporat MDKL, Mohamad Kamal Mohd Ramlan berkata, SYABAS menghantar 5,000 liter air untuk kegunaan 300 kakitangan MDKL selain untuk diagihkan bagi kegunaan kantin MDKL.

Beliau berkata, bekalan air itu mungkin bertahan sehingga hari ini namun ia bergantung kepada kadar penggunaan.

“Tandas di MDKL mempunyai dua tangki besar dan kami jangka ia mampu bertahan sehingga esok namun difahamkan ada kakitangan yang terpaksa mandi di tandas pagi ini kerana bekalan air di rumah sudah habis.

“Orang awam yang berurusan di MDKL juga ada menggunaka­n tandas. Sekiranya air dihantar hari ini juga habis, kami akan meminta bantuan SYABAS lagi,” katanya ketika ditemui di MDKL di sini, semalam.

Difahamkan, SYABAS turut menghantar bekalan air di beberapa sekolah di daerah terbabit, pusat dialisis di Banting dan Telok Panglima Garang selain di sebuah rumah yang mengalami kematian.

Selain penghantar­an bekalan air, SYABAS turut meletakkan pusat khidmat setempat iaitu di Jalan Palas 10, Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang yang beroperasi 24 jam bermula 9 pagi semalam.

Bagaimanap­un, ketika NSTP meninjau kawasan terbabit, tidak ada individu yang mengambil air disediakan dan difahamkan penduduk masih mempunyai bekalan air simpanan.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Syaripah Abdul, 56, berkata, gangguan bekalan air tidak menjejaska­n perniagaan­nya kerana persediaan dilakukan lebih awal.

Katanya, bekalan air bersih untuk memasak masih banyak dan mampu bertahan selama tiga hari.

“Ini yang bagus sekiranya notis gangguan bekalan air diberitahu awal namun saya tetap berharap masalah gangguan air tidak kerap berlaku,” katanya.

Difahamkan, seramai 58,000 pemegang akaun SYABAS di daerah ini berdepan gangguan bekalan air bermula hari ini hingga Khamis.

 ??  ?? KAKITANGAN MDKL mengisi tangki air utama di pejabat yang dibekalkan pihak SYABAS, semalam.
KAKITANGAN MDKL mengisi tangki air utama di pejabat yang dibekalkan pihak SYABAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia