Harian Metro

Terjemah kerjasama bidang seni

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Edisi ke-12 Konsert Muzika Ekstravaga­nza 2018 gabungan Malaysia dan Singapura bertemakan Kebersamaa­n #kitageng berlangsun­g dengan meriah di Auditorium Perdana, Angkasapur­i, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kuala Lumpur selaku tuan rumah kali ini mengangkat tema itu bagi meraikan kepelbagai­an industri hiburan Malaysia dan Singapura dengan kepelbagai­an genre seni yang menjadi nadi penyatuan persahabat­an sekian lama.

Sebanyak 27 lagu dipersemba­hkan dalam konsert yang membariska­n Dayang Nurfaizah, Azlan & The Typewriter, Aishah, Kilafairy, Altimet, Kaer Azami, Santesh dan Kumpulan Zero dan penari Wakaka Crew.

Singapura pula menampilka­n penyanyi seperti Daly Filsuf, Adeep Nahar, Hariani Hassan Bakri, Sufian Ahmad,

Rahila Rashun, Sufie Rashid dan Jatt Ali.

Penerbit Konsert

Muzika Ekstravaga­nza

2018 Nor Kuzaimah Abd

Aziz berkata, gambaran kerjasama dalam bidang seni berjaya diterjemah­kan dalam persembaha­n ini.

“Kerjasama antara dua negara ini sememangny­a berjaya dan mencapai matlamat rancangan ini. #kitageng menggambar­kan paduan kerjasama pelbagai sudut iaitu penerbitan rancangan ini, keserasian persembaha­n artis Malaysia Singapura, kerjasama gubahan semula muzik dan rekaan tarian.

“Ia termasuk perkongsia­n penonton Malaysia dan Singapura. Kami menerima banyak respons positif daripada penonton. Ia memang berjaya dan menghiburk­an,” katanya.

Konsert terbitan bersama RTM dan Mediacorp (Singapura) ini disiarkan secara langsung di keduadua negara menerusi TV2 dan stesen Suria.

Persembaha­n artis diiringi alunan muzik yang menggabung­kan 25 tenaga pemuzik dari Orkestra RTM di bawah pimpinan Luqman Aziz manakala Orkestra Singapura dipimpin Indra Shahrir Ismail.

Ia juga menggandin­gkan Misha Omar dan Fauzie Laily sebagai pengacara.

Persembaha­n dibuka dengan tarian Wakaka Crew diiringi lagu Rasa Sayang di

27 lagu dipersemba­hkan pada Konsert

Muzika Ekstravaga­nza

2018

Tanjung Katong.

Kaer Azami dan

Rahila Rashun berduet menyampaik­an lagu Tak Pernah Hilang dan Hariani Hassan Bakri menyanyika­n lagu Tarian Hidupku.

Persembaha­n lain ialah Sufie Rashid, Rahila Rashun, Kilafairy dan Santesh menyanyika­n lagu irama Bollywood, Azlan & The Typewriter (Kukuh) dan berduet dengan Jatt menerusi lagu Hidup Bersama.

Jatt (Suzana & Gadis

Ayu), Altimet, Hariani Hassan Bakri, Daly Filsuf serta Kumpulan Dikir Barat 1 Si Anak Seni Singapura (Pak Pung Pak Mustafe),

Daly Filsuf (Kau Ada), duet bersama Altimet (Bunga dan Muda), Sufie Rashid (Aku Sendiri), Adeep Nahar (Kasih Kupinjam Wajahmu).

Tidak ketinggala­n Misha menyanyika­n lagu Sampai Bila, Dayang Nufaizah (Layarlah Kembali) dan duet bersama Adeep Nahar dalam lagu Haram.

Jatt yang juga penyanyi Black Dog Bone seterusnya tampil menyanyika­n lagu Dulu & Sekarang, Aishah (Kasih Kita, Tiada Lagi Tangisan, Camar Yang Pulang dan Kau Yang Istimewa).

Turut memeriahka­n konsert ia persembaha­n lawak jenaka kumpulan Zero yang berganding­an bersama Sufian Ahmad.

Konsert lebih bermakna dengan kehadiran tetamu kehormat dari keduadua negara iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo dan Menteri Perhubunga­n dan Penerangan & Menteri bertanggun­gjawab bagi Hubungan Perdaganga­n Singapura, S Iswaran.

 ??  ?? BARISAN artis yang menjayakan Konsert Muzika Ekstravaga­nza 2018 bersama Gobind dan tetamu kehormat yang lain.
BARISAN artis yang menjayakan Konsert Muzika Ekstravaga­nza 2018 bersama Gobind dan tetamu kehormat yang lain.
 ??  ?? JATT
SUFIE
MISHA
AISHAH
JATT SUFIE MISHA AISHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia