Harian Metro

Tahan azab di sebalik topeng

-

ada ‘penderitaa­n’ yang terpaksa ditanggung setiap kali memakai kostum batsuit tapi perlu bertahan dan cabaran itu bukan halangan demi menghiburk­an orang ramai.

Malah wajahnya pernah bertukar warna menjadi kebiru-biruan akibat kekurangan oksigen kerana memakai kostum itu terlalu lama iaitu selama tiga jam untuk satu persembaha­n.

“Perubahan ini disedari rakan yang segera meminta saya buka kostum dan topeng. Sebaik saja menanggalk­annya (kostum) kaki saya pula menjadi kejang.

“Kostum ini diperbuat daripada kulit manakala topengnya pula getah. Ia agak sendat membuatkan saya berasa panas apabila memakainya terlalu lama,” katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, sukar untuknya berkongsi cerita yang sebenar bahawa pemakaian kostum itu adalah satu ‘azab’ kerana bimbang dikatakan besar kepala.

“Tapi mereka yang pernah berjumpa dan berbual dengan saya saja tahu situasi sebenar serta ‘penderitaa­n’ ini. Topeng ini umpamanya, ia diperbuat daripada getah dan apabila memakainya saluran pernafasan pada hidung sedikit tersekat.

“Jadi saya perlu menggunaka­n teknik pernafasan yang betul supaya dapat bernafas dengan baik sepanjang tempoh memakai kostum ini,” katanya dan mengakui tempoh masa paling ideal beliau memakai kostum berkenaan ialah satu jam.

Jelasnya, dia mula meminati watak

Batman sejak berusia lima ta- hun dan pada masa itu sering berdoa supaya impiannya untuk menjadi Batman Malaysia tercapai.

“Saya sangat bersyukur kerana Allah sudah memperkena­nkan doa saya dan kini menjadikan ia sebagai aktiviti kebajikan untuk menghiburk­an kanak-kanak.

“Pada masa sama saya turut dipertemuk­an dengan rakan yang kini menjadi satu pasukan untuk membantu melaksanak­an aktiviti amal

Batman Malaysia perlu guna teknik pernafasan betul supaya dapat bernafas

dengan baik

 ??  ?? MENUNJUKKA­N cara menunggang Batpod.
MENUNJUKKA­N cara menunggang Batpod.
 ??  ??
 ??  ?? KEHADIRAN Batman Malaysia untuk memeriahka­n industri cosplay di negara ini.
KEHADIRAN Batman Malaysia untuk memeriahka­n industri cosplay di negara ini.
 ??  ?? IDENTITI Batman Malaysia dirahsiaka­n.
IDENTITI Batman Malaysia dirahsiaka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia