Harian Metro

CARI DESA tersembuny­i

-

data My Maps untuk memetakan sempadan Kampung Peta, Kluang, Johor dan meningkatk­an kesedaran ramai berkenaan kewujudan kampung berkenaan.

“Ini kerana kampung itu tidak wujud dalam manamana peta sebelum ini menyebabka­n mereka nyaris kehilangan hak ke atas tanah apabila diarahkan Pejabat Tanah Mersing supaya mengosongk­an kawasan adat yang terletak di dalam Taman Negara EndauRompi­n itu.

“Kawasan ini sudah didiami sejak sekian lama oleh komuniti Orang Asli Jakun. Data ini menjadi faktor utama kemenangan dua NGO terbabit dalam mencabar perintah mahkamah pada tahun lalu.

“Hasilnya 19,000 hektar kawasan taman negara berkenaan berjaya dikembalik­an kepada komuniti terbabit dan Kampung Peta kini diiktiraf secara rasminya di dalam peta,” katanya ketika membentang­kan hasil kaji selidik dalam program Google Earth Outreach di Menara Axiata, barubaru ini.

Beliau berkata, pihaknya juga dalam usaha menonjolka­n tempat menarik yang banyak terdapat di kawasan terbabit untuk diterokai.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Alam Sekitar MNS, Habibun Najar Zainal Abidin berkata, pertubuhan berkenaan menggunaka­n teknologi satelit Earth dalam misi memantau bilangan tapir Malaya yang kian berkuranga­n dan menjejak denai kegemaran haiwan terbabit.

“Kami memilih Bukit Tiong sebagai lokasi pemerhatia­n terbaik menerusi Google Earth pada Jun 2016. Kami pergi ke lapangan pada Oktober tahun sama.

Selain mengenal pasti tiga denai tapir dijadikan lokasi pemasangan perangkap kamera bagi merakam apa saja hidupan liar yang turut menggunaka­n laluan ini.

“Dua perangkap kamera yang dipasang berjaya merakam haiwan mamalia berkenaan yang populasiny­a kini hanya tinggal sekitar 700 hingga 1,000 ekor dalam hutan di Semenanjun­g,” katanya.

Katanya, haiwan itu kian berkuranga­n disebabkan pelbagai faktor seperti pemburuan haram dan dilanggar kenderaan ketika melintas jalan raya atau lebuh raya.

 ??  ?? JEF (dua dari kanan) dan Habibun Najar (tiga dari kiri) bersama sukarelawa­n Google Malaysia.
JEF (dua dari kanan) dan Habibun Najar (tiga dari kiri) bersama sukarelawa­n Google Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia