Harian Metro

TANAM 98,518 POKOK

-

Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) menanam 98,518 pokok di kawasan pentadbira­n majlis terbabit, sekali gus berjaya melangkaui sasaran penanaman 80,000 pokok setahun seperti yang ditetapkan kerajaan Selangor.

Usaha giat itu dilakukan sebagai langkah membantu meningkatk­an kadar penyerapan karbon dan mengurangk­an pemanasan global.

Selain itu, ia juga bertujuan menghijauk­an kawasan MPSJ, pihak berkuasa tempatan itu juga mempunyai hasrat menjadi Bandar Hijau menjelang 2030.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ Azfarizal Abdul Rashid berkata, MPSJ sebelum ini sudah melaksanak­an dua program penanaman pokok dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia di Sungai Kuyoh, Seri Kembangan dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad di USJ 14, Subang Jaya.

Beliau berkata, terbaru MPSJ menganjurk­an program Penanaman Pokok ToyotaMPSJ 2018 di Taman Permainan, Jalan PU 2/1, Taman Puchong Utama.

“Program ini direalisas­ikan menerusi kerja sama antara pihak Toyota dengan MPSJ dan Jawatankua­sa Penduduk Zon 15 yang mana sebanyak 100 anak pokok daripada 15 spesies di taman di kawasan terbabit.

“Pelaksanaa­n program ini selaras dengan Pelan Strategik 20122030

MPSJ di bawah Teras 2 iaitu Perancanga­n dan Pembanguna­n Mampan Serta Mesra Alam Sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ia adalah inisiatif kolaborasi kali kedua di antara pihak MPSJ dan Toyota dalam usaha menghijauk­an bumi serta sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihak Toyota.

“Objektif pelaksanaa­n program ini untuk memupuk semangat mencintai alam sekitar, meningkatk­an keindahan dan nilai estetika kawasan setempat serta memperkuku­hkan hubungan baik antara Toyota, MPSJ dan Jawatankua­sa Penduduk Zon 15.

“Pokok yang ditanam adalah jenis pokok teduhan dan buahbuahan,” katanya.

Usaha itu akan dilakukan secara berterusan bersama beberapa NGO lain.

 ??  ?? TETAMU kehormat menanam pokok pada program Penanaman Pokok Toyota -MPSJ 2018.
TETAMU kehormat menanam pokok pada program Penanaman Pokok Toyota -MPSJ 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia