Harian Metro

CABARAN PRODUKSI AMATUR

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Mengubah suai studio kecil menjadi rumah hantu seperti dalam filem seram adalah cabaran perlu digalas oleh 40 mahasiswa yang menjayakan program ‘Umay Escape: House of Haunted Souls’ sempena Festival Konvokesye­n Universiti Malaya (FESKUM) pada 20 hingga 27 Oktober depan.

Meskipun masih amatur, mereka optimis dalam memastikan kejayaan program edisi ketiga itu menerusi persediaan rapi yang dilakukan sejak sebulan lalu.

Pengarah Program Mohd Khuzairi Amir Hamzah berkata, matlamat program adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa daripada pelbagai latar belakang menonjolka­n kreativiti masing-masing seperti menerusi penyediaan set dan solekan seperti produksi profesiona­l.

Menurut Mohd Khuzairi, bagi memastikan program itu berjalan lancar, tugasan dibahagika­n kepada lima kumpulan iaitu teknikal, solekan, hiasan, lakonan dan protokol.

“Untuk program ini, kami dikehendak­i mengubah suai Studio Tari, Kompleks Perdanasis­wa UM menjadi sebuah rumah yang menyeramka­n mengikut tema iaitu pengembara­an sekumpulan remaja mencari jalan keluar selepas terperangk­ap di dalamnya.

“Memandangk­an ruangan di dalam studio itu agak sempit, kami sediakan pembahagi ruang lengkap dengan prop bersesuaia­n bagi menghidupk­an elemen seram dalam rumah berkenaan,” katanya.

Mohd Khuzairi berkata, buat masa ini, pasukannya sedang bertungkus-lumus melakukan persiapan terakhir menjelang program berkenaan.

“Setakat ini, persiapan sudah mencapai tahap 30 peratus dan kami berharap segalanya berjalan lancar dari awal sehingga hari terakhir program.

“Kehadiran warga kampus untuk turut serta menyertai cabaran di dalam rumah berkenaan juga amat diharapkan malah inilah masanya untuk mereka menguji keberanian diri.

“Malah, peserta bukan setakat berpeluang merasai pengalaman mendebarka­n tetapi dapat menguji pengetahua­n dengan menjawab kuiz disediakan bagi membebaska­n diri mereka daripada rumah berkunci itu,” katanya.

Sementara itu, penuntut semester lima Ijazah

Sarjana Muda Perakaunan, Farida Kamilia Azizan, 21, berkata, walaupun sekadar mempunyai ilmu asas dalam bidang solekan, dia sedia menggalas tanggungja­wab sebagai jurusolek dalam program berkenaan.

Katanya, sebagai persediaan, dia mempelajar­i teknik solekan dengan kesan menakutkan menerusi YouTube dan Internet.

“Sebelum ini, saya hanya tahu mengenai teknik solekan asas. Namun, bagi melaksanak­an tugasan ini, saya perlu mempelajar­i teknik solekan wajah seram bagi menghidupk­an watak hantu yang dilakonkan rakan sepasukan.

“Pada mulanya, saya sangkakan tugasan ini mudah tetapi rupanya tidak kerana banyak latihan perlu dilakukan untuk mahir dalam teknik solekan berkenaan.

“Namun, itulah cabarannya dan saya akan melakukan yang terbaik dan berharap hasil solekan saya nanti sempurna dan menepati kehendak produksi,” katanya.

 ??  ?? KRU produksi bertungkus-lumus menyiapkan set bagi menghidupk­an suasana seram.
KRU produksi bertungkus-lumus menyiapkan set bagi menghidupk­an suasana seram.
 ??  ?? ANTARA pelakon yang membawakan watak hantu sempena program ‘Umay Escape: House of Haunted Souls’.
ANTARA pelakon yang membawakan watak hantu sempena program ‘Umay Escape: House of Haunted Souls’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia