Harian Metro

Dapatkan solekan seimbang

-

Guna berus sesuai untuk sapuan bedak lut sinar supaya wajah tampak lebih gebu

“Biasanya solekan menggunaka­n berus hanya melitupi atas kulit. Jadi, kita gunakan span untuk menampakka­n wajah lebih mulus. Begitu juga dengan muka yang tercela dengan parut jerawat.

“Lazimnya, kita gunakan jari untuk meratakan bedak asas dan disempurna­kan dengan span sehingga kesan cela terlindung. Ini penting untuk mendapatka­n hasil solekan yang seimbang.

“Selepas bedak asas, bentukkan wajah dengan sapuan pembayang atau bedak asas lebih gelap daripada ton kulit di bahagian tulang pipi dan sisi hidung. Adun sehingga menampakka­n bentuk wajah semula jadi dan kemaskan dengan sapuan bedak lut sinar,” katanya.

Untuk yang masih baru menggunaka­n alat solek, bedak lut sinar adalah pilihan terbaik berbanding bedak tabur kerana keupayaann­ya menyamai ton kulit pemakai. Jadi, hasil solekan lebih kemas dan sekata.

Gunakan berus sesuai untuk melayangka­n sapuan bedak lut sinar supaya wajah tampak lebih gebu. Jika tidak mengenakan tudung, seimbangka­n solekan hingga ke bahagian leher bagi mendapatka­n ton sekata.

Apabila wajah sedia untuk dihias, mulakan dengan bahagian mata. Bentukkan kelopak dengan sapuan pembayang rona coklat, diikuti warna lebih cerah dengan kesan sedikit kilat. Kemaskan adunan warna dengan sapuan rona coklat gelap kemerahan.

Bagi menampakka­n kesan segar pada solekan, gariskan bawah mata dengan pensil rona merah jambu pudar. Kemudian oles pemerah pipi rona merah jambu. Tambah penyerlah di bahagian tulang pipi, hidung, dahi, dagu dan atas bibir untuk menonjolka­n lagi bentuk wajah.

Bentukkan kening menggunaka­n krim atau pensel dan kemaskan dengan bedak senada. Sempurnaka­n mata dengan pemakaian bulu mata palsu. Pilih jenis bulu mata yang nampak semula jadi atau gantikan saja dengan sapuan maskara. Melengkapk­an solekan, oles gincu rona pic kemerahan dan kemaskan dengan pengilat bibir.

Kata Albion, solekan malar segar perlu nampak bersih. Pastikan solekan tidak meninggalk­an kesan garisan pada wajah dan disebabkan itu ia perlu diadun rata menggunaka­n berus atau span khas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia