Harian Metro

AMAL MINUM AIR KOSONG

-

Siti Norzainiza disiplinka­n diri dengan

meminum air suam sepanjang hari

Atas tuntutan kerjaya dan kepuasan diri, Siti Norzainiza sentiasa memastikan tubuh dan wajahnya terjaga rapi.

Begitupun katanya, dia tidak mempunyai sebarang rutin penjagaan kesihatan atau kecantikan khusus, tetapi mendisipli­nkan diri dengan meminum air suam sepanjang hari.

“Banyak petua ringkas yang saya amalkan. Jika tidak terikat dengan jadual penggambar­an, saya lebih suka keluar dan berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang berdekatan. Saya anggap berjalan sebagai senaman.

“Kemudian, saya suka menggunaka­n garam dalam mandian, berkumur dan merawat kaki selepas seharian penat di luar. Ini petua ibu paling mujarab dan diamalkan selalu sejak dulu,” katanya.

Jelas Siti Norzainiza, dia tidak pernah mengehadka­n diri untuk mencuba pelbagai produk penjagaan diri di pasaran. Namun sebagai langkah selamat, dia hanya membeli dari farmasi seperti Guardian dan Watsons kerapercay­a na setiap produk di situ mempunyai sijil diiktidan raf selamat digunakan.

“Kalau hendak diikutsaya kan, mula memberikan perhatian pada penjagaan diri sejak di bangku sekolah rendah. Ibu saya seorang yang tegas dan mengutamak­an kebersihan. Pantang baginya kalau anak-anak tidak memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur. Kami juga selalu diingatunt­uk kan kerap mencuci tangan dan mandi tiga kali sehari. Itu disiplin yang kini menjadi kebiasaan saya.

“Setiap hari, saya bangun awal dan mengambil masa lima hingga 10 minit melakukan aktiviti regangan badan. Selesai mencuci wajah, saya akan berwuduk dan solat.

“Menjadi kewajipan saya untuk minum segelas air suam setiap pagi ketika perut kosong. Ini penting untuk melancarka­n perjalanan usus dan membersihk­an perut. Sebelah malam juga begitu. Saya akan minum air suam sebelum tidur dan mengenakan stoking.

“Mungkin nampak remeh, tetapi penggunaan stoking cukup bagus untuk wanita. Ia melindungi tubuh daripada ‘masuk angin’. Kalau tidak diamalkan, wanita mudah berasa lenguh, sengal dan lesu. Jadi, biasa-biasakan menutup kaki ketika tidur,” katanya.

Tambahnya, komitmen di media sosial menuntut dirinya selalu kemas dan elok di mata yang memandang. Bagaimanap­un, untuk bersolek tebal memerlukan masa dan ketelitian.

“Sebab itu saya lebih suka bersolek ringkas. Ada tip mudah kalau hendak cepat. Saya selalu amalkan skrub bibir menggunaka­n gula kasar untuk menonjolka­n bibir lembut, mungil merah jambu.

“Ada juga petua yang baru saya pelajari. Sebelum bermekap, lembapkan bibir dan berus menggunaka­n berus bayi. Berus ini boleh dibeli di kedai bayi. Jadi, bibir akan licin dan segar selalu.

“Untuk kulit wajah pula, saya selesa dengan resipi menyejukka­n wajah menggunaka­n aloe vera.

Saya akan ambil bahagian tengah daun lidah buaya dan campurkan bersama air mineral. Masukkan dalam botol semburan dan goncang.

“Untuk lebih keselesaan, simpan seketika dalam peti sejuk. Campuran ini bagus untuk mengekalka­n solekan wajah dan mengurangk­an kesan selaran matahari. Selebihnya, saya hanya mengamalka­n tidur dan rehat mencukupi serta senaman ringan,” katanya.

TIP KECANTIKAN

MUDAH

1. Disiplinka­n diri dengan pengambila­n air kosong pada sebelah pagi, sepanjang hari (terutama ketika sibuk) dan sebelum tidur.

2. Lakukan puasa sunat jika berkemampu­an.

3. Tidur mencukupi.

4. Solat dengan betul kerana ia adalah senaman yang mampu membantu mengalirka­n darah ke seluruh badan.

5. Gunakan pelindung matahari ketika di luar. 6. Gunakan loofah (petola) untuk menyental kotoran pada tubuh setiap kali membersihk­an diri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia