Harian Metro

HIMPUN 380 JENAMA

- Noriza Sainal wanitametr­o@hmetro.com.my

Pameran Kecantikan Antarabang­sa Beautyexpo Malaysia 2018 yang diadakan baru-baru ini semakin mendapat tempat dalam industri apabila mengetenga­hkan 380 jenama tempatan dan antarabang­sa dan membuka pintunya kepada pelawat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 5 hingga 8 Oktober lalu.

Acara yang dianjurkan UBM Asia ini menampilka­n keistimewa­annya dengan menambah ciri dan kawasan pameran baru hasil permintaan ramai untuk pertumbuha­n industri ini.

Pengarah Urusannya M Gandhi berkata, penganjura­n siri ke-18 ini menampilka­n zon baru iaitu kesihatan dan semula jadi atas permintaan ramai seiring dengan keperluan kecantikan semula jadi dan pasaran penjagaan diri.

Katanya penyertaan kali ini turut membabitka­n penggiat industri yang baru daripada pengilang dan pengedar produk kecantikan, pemilik salun dan spa, pendandan rambut, pakar kosmetik, ahli estetika, pakar dermatolog­i, jurusolek dan ahli terapi.

Beberapa zon khusus bagi kecantikan, dandanan rambut, solekan, kesihatan, produk halal dan zon kuku disediakan mewakili 30 negara, meliputi Korea, Singapura, Taiwan, Thailand serta China dalam siri tahun ini.

Acara yang berlangsun­g empat hari itu sekali lagi menampilka­n pertanding­an pendandan rambut dan jurusolek, dengan tema ‘Parisian Runaway Upstyle Hair’ untuk siri 2018.

Presiden Persatuan Penggaya Rambut Bumiputera (BUHA), Bambang Soteto yang bekerjasam­a dengan Loreal Profession­el dalam pertunjuka­n rambut Avant Garde antara yang terbabit untuk kali ini dan jumlah penyertaan meningkat 50 peratus berbanding tahun lalu.

Beauty Expo 2018 dirasmikan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dan berharap ekspo ini akan berkembang lebih luas pada tahun akan datang serta meningkatk­an kerjasama lebih erat dalam kalangan negara Asean berikutan bidang kecantikan mempunyai potensi besar di pasaran kecantikan.

Pada masa sama, M Gandhi berasa bertuah kerana mendapat sokongan daripada Persatuan Pakar Kosmetik dan Pendandan Rambut Asia Pasifik (APHCA), BUHA, Persatuan Koperatif Cosbeauty

Korea (KOCCA), Persatuan Jurusolek Artis Bumiputera Malaysia (MBMUAA), Persatuan Kesihatan dan

Spa Malaysia (MAWSPA), Persatuan Spa Malaysia (AMSPA), Associatio­n of Internatio­nal Certificat­ion Aesthetici­an (AICA), AllStar Barber Connection dan Persatuan Spa dan Kesihatan Malaysia (SWAS).

“Acara ini semakin berkembang saban tahun dan menawarkan profesiona­l industri kecantikan dengan platform terbaik untuk pembelajar­an, promosi dan menarik bakat baru bagi memenuhi perubahan keperluan pengguna.

“Beauty Expo 2018 adalah ruang untuk mempamerka­n produk antarabang­sa, trend pasaran semasa dan inovasi terkini, serta memberi pengalaman lancar buat pembeli,” katanya.

 ??  ?? MOHD Redzuan (tengah) bersama M Gandhi (empat dari kanan) dan presiden setiap persatuan kecantikan memotong reben perasmian Pameran Kecantikan Antarabang­sa Beautyexpo Malaysia 2018.
MOHD Redzuan (tengah) bersama M Gandhi (empat dari kanan) dan presiden setiap persatuan kecantikan memotong reben perasmian Pameran Kecantikan Antarabang­sa Beautyexpo Malaysia 2018.
 ??  ?? MOHD Redzuan menerima dandanan rambut daripada Wafie Zainal.
MOHD Redzuan menerima dandanan rambut daripada Wafie Zainal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia