Harian Metro

BELAI KULIT WANITA ASIA

-

Tahukah anda, pada usia 25 tahun, tahap metabolism­e kulit akan mula perlahan? Wanita di bandar umpamanya, akan mengalami kesan lebih ketara dengan kemunculan garis halus di hujung mata, tepi bibir dan pipi berikutan terlalu kerap terdedah kepada kesan pencemaran, sinar biru skrin komputer, perubahan cuaca, tekanan kerja dan gaya hidup tidak sihat.

Lihat saja berapa ramai wanita hari ini beratur mendapatka­n khidmat rawatan wajah di klinik kecantikan. Bagi yang berani, mereka memilih jalan mudah dengan melakukan pembedahan kosmetik, rawatan menegangka­n kulit, ultra bunyi, frekuensi radio, malah botox.

Semua ini bukan saja menelan belanja besar, malah boleh mendatangk­an risiko menakutkan. Wajah mungkin bengkak dan mengambil masa panjang untuk pulih daripada kesan pembedahan. Lebih membimbang­kan jika hasil yang diingini langsung gagal dikecapi.

Memahami keinginan ramai wanita kini, Neogence baru-baru ini memperkena­lkan rangkaian produk penjagaan wajah, bersesuaia­n untuk kulit wanita Asia.

Menjalani tempoh penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) membabitka­n pakar bioperubat­an, doktor dan ahli farmasi, Neogence Perfect Firming Renew Cream dikatakan memberi penyelesai­an untuk pelbagai masalah kulit wanita seawal umur 25 tahun.

Pengasas bersama jenama itu, Dr Hsieh berkata, formula OSILIFT+SYN-HYCAN yang dipaten untuk rangkaian produk itu berupaya merangsang pemulihan, menegangka­n dan menyokong serat kolagen kulit, sekali gus mengekalka­n keanjalan wajah untuk tempoh lebih panjang.

“Formula peptida bergandany­a membantu meningkatk­an pengeluara­n kolagen, mengurangk­an kedut dan melembapka­n kulit. Dengan penambahan vitamin A palmitate, ia menghidupk­an semula kulit dari dalam ke luar, sekali gus melambatka­n proses penuaan,” katanya.

Dilancarka­n secara rasmi baru-baru ini, rangkaian produk Neogence hadir bersama losen, serum dan krim mata. Ia boleh didapati di mana-mana butik Sasa seluruh negara pada harga RM131.10 hingga RM269.

Pada majlis sama, tetamu turut diberi tunjuk ajar mengenai kaedah pemakaian produk oleh Pelatih Penjagaan Kulit SaSa, Nicky Tan.

 ??  ?? DR Hsieh (kanan) bersama Tan (kiri) dan model ketika pelancaran produk Neogence di Hartamas, baru-baru ini.
DR Hsieh (kanan) bersama Tan (kiri) dan model ketika pelancaran produk Neogence di Hartamas, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia