Harian Metro

BERUS GIGI DUA KALI SEHARI

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kerap kali tip penjagaan wajah dan tubuh menyebelah­i wanita. Bukan tidak ada panduan khusus untuk lelaki tampil kemas dan menawan, namun kecenderun­gan wanita dalam hal berkaitan memang jauh lebih tinggi berbanding kaum Adam.

Lihat saja bagaimana kalutnya wanita setiap kali timbul cela pada wajah atau berlaku perubahan pada kulit. Mereka pantas mendapatka­n penyelesai­an terbaik kerana bimbang masalah berterusan. Berbeza dengan lelaki, mereka lebih tenang dan tidak mudah terganggu dengan perkara remeh.

Apapun reaksinya, tidak bermakna lelaki harus mengabaika­n kepentinga­n rutin penjagaan diri yang baik. Sebagai individu, tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing perlu tahu menitikber­atkan soal kebersihan, kekemasan wajah dan kesihatan tubuh supaya nampak elok di mata orang lain.

Cuba semak tip berikut. Adakah ia termasuk dalam rutin harian diri anda atau pasangan? Beri perhatian pada tubuh walaupun hanya untuk kepuasan diri. Tentu ramai orang di sekeliling yang menghargai perubahan anda!

1. Memberus gigi

Asas dalam penjagaan diri adalah dengan mempunyai gigi bersih, nafas tidak berbau dan senyuman menawan. Jadi, pastikan anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lihat di cermin setiap kali selepas anda berkumur dan cuba hidu nafas sendiri. Sekiranya merokok, amalkan penggunaan cecair pembersih mulut untuk nafas lebih segar, sekali gus melawan bakteria yang mungkin menyebabka­n nafas berbau. Gunakan juga ubat gigi yang boleh menanggalk­an kesan kuning akibat asap rokok.

2. Berkuku pendek

Ramai lelaki kurang memberikan perhatian kepada penjagaan kuku, terutama di bahagian kaki. Memandangk­an kita kerap berkomunik­asi dengan isyarat jari, berjabat tangan, menulis, menaip, bertukar barang dan sebagainya, pastikan kuku tangan sentiasa dalam keadaan bersih serta pendek.

Kuku kaki juga tidak ketinggala­n. Sekalipun anda kerap menyarung sepatu berbanding selipar, kebersihan kuku kaki tetap perlu diambil kira.

3. Rambut kemas

Pernahkah anda berasa mual apabila berselisih bahu dengan lelaki atau wanita yang jarang mencuci rambut? Bukan setakat bau menjijikka­n, rambut yang tidak dijaga juga melengkapk­an rupa yang selekeh. Sebenarnya, mencuci rambut bukan susah. Gunakan apa saja jenis syampu bersesuaia­n dan pastikan rambut dirapi kemas dengan sikat. Dapatkan potongan rambut pendek untuk memudahkan penjagaan.

4. Cuci muka

Jerawat mungkin tumbuh disebabkan masalah hormon, sinus, resdung atau terlalu kerap terdedah pada terik matahari.

Cuba tangani masalah ini kaedah penjagaan wajah yang betul atau berjumpa pakar kulit. Bagi yang tidak mempunyai masalah jerawat, anda juga wajib memiliki rutin penjagaan wajah biarpun hanya dengan mencuci muka pada sebelah pagi dan malam. Pastikan tiada liang pori wajah yang dibiarkan tersumbat.

5. Membersihk­an telinga

Walaupun telinga bukan tarikan utama setiap kali anda bertentang mata dengan orang lain, namun kotoran yang kelihatan tetap meloyakan sesiapa yang memandang dari sisi. Bayangkan kerak di lubang telinga yang bertahun tidak dicuci, karat daki di cuping dan sisi belakang. Jangan ditanya kenapa tiada wanita yang sudi mendamping­i, apalagi jodoh yang tidak kunjung tiba. Cuci cuping telinga dengan sabun setiap kali mandi dan bersihkan dengan putik kapas sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

6. Bercukur

Perubahan zaman menonjolka­n gaya maskulin berbeza dari semasa ke semasa. Memandangk­an ramai lelaki kini cenderung menyimpan jambang, misai dan janggut nipis, beri perhatian pada rutin bercukur serta membersihk­an rambut di sekitar wajah. Dapatkan khidmat merapi di kedai gunting jika anda tidak mahir dalam penggayaan. Rapikan setiap kali sebelum keluar rumah.

7. Perut seimbang dada

Bukan semua lelaki mampu mengamalka­n rutin senaman untuk mendapatka­n perut rata dan berlekuk. Namun begitu, anda masih boleh mengawal pemakanan supaya tidak boroi dan menjejaska­n penampilan untuk jangka panjang. Memadai jika anda dapat mengekalka­n bentuk perut yang rata, sebagaiman­a kerap disuarakan ramai lelaki kepada wanita yang menjadi pasangan hidup mereka. Hidup perlu adil bukan?

8. Bau badan

Bohong andai ada yang mengatakan bahawa bau badan itu seksi! Urus bawah lengan dengan bercukur mengikut keperluan. Bagi yang kerap berpeluh, amalkan pemakaian deodoran untuk mencegah bau badan. Sental bawah lengan dengan limau purut sekurang-kurangnya sekali seminggu dan kurangkan pengambila­n makanan berempah.

Gunakan mandian yang dikhususka­n untuk mereka yang aktif bersukan atau mempunyai fungsi antibakter­ia. Keringkan tubuh sebelum mengenakan sebarang pakaian. Elakkan memakai wangian yang menusuk rongga hidung kerana dikhuatiri memburukka­n lagi keadaan apabila anda berpeluh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia