Harian Metro

Buatkan kepala bergoyang

-

LAGU:

ARTIS:

KOMPOSER:

LABEL DAN EDARAN:

Pertama kali mendengar single terbaru nyanyian

Andi Bernadee berjudul Satu Peluang, nyata ada kelainan ditampilka­n berbanding single terdahulu.

Lari sekejap daripada lagu balada, Andi menyajikan karya ciptaan Alif berentak Reggaeton.

Sejujurnya, tatkala lagu ini dimainkan, fikiran terimbau lagu berentak sebegini seperti Despacito dan lagu lama, La Camisa Negra.

Rentaknya membuatkan kepala bergoyang mengikut melodi yang tidak terlalu sarat tetapi enak didengar.

Lirik pula, Satu Peluang bercerita mengenai permintaan seorang lelaki yang inginkan peluang untuk mencintai wanita idamannya.

Namun, dalam pada ingin mengejar impiannya dia gugup untuk mencuba nasib memenangi hati wanita itu.

Lebih menarik, bahagian korus Satu Peluang turut menyelitka­n perkataan bahasa Sepanyol.

“Dame solo una!” membawa maksud ‘berikan aku satu’ dan sangat sesuai dengan ‘vibe’ yang dibawakan dalam lagu ini.

Satu Peluang kini menjadi OST drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek.

“Saya mahu sesuatu yang berbeza. Mungkin kerana kelainan itu jugalah ada produksi drama sudi menjadikan lagu ini sebagai OST.

“Saya berharap ia akan beri impak positif kepada Satu Peluang untuk lebih mendapat tempat di hati peminat,” katanya.

Di YouTube, audio Satu Peluang sudah dimuat naik semalam dan video muziknya masih dalam pembikinan.

Di media sosial, ramai yang menghasilk­an video nyanyian semula

Satu Peluang dan menggunaka­n tanda pagar #SATUPELUAN­G.

Bahagian korus Satu Peluang turut selitkan bahasa Sepanyol

 ??  ?? Saya berharap ia akan beri impak positif kepada Satu Peluang untuk lebih mendapat tempat di hati peminat
Saya berharap ia akan beri impak positif kepada Satu Peluang untuk lebih mendapat tempat di hati peminat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia