Harian Metro

Hanyut diterjah arus deras

- Mohd Zulkifli Zainuddin cnews@nstp.com.my

„ Anggota PPDA berdepan detik paling cemas ketika selamat remaja mangsa banjir besar

Dihanyutka­n arus Sungai Buaya lebih satu kilometer selepas menyelamat­kan seorang mangsa terperangk­ap di atas pokok ketika banjir di Rantau Panjang dua tahun lalu, antara detik cemas anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan.

Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Khairil Azamin Mohamad, 35, berkata, walaupun hanya cedera ringan akibat terkena pokok buluh, pengalaman getir itu tidak dapat dilupakan kerana jika silap langkah boleh memburukka­n keadaan.

Menceritak­an detik cemas itu, dia yang berkhidmat sebagai anggota PPDA sejak 2010 berkata, bot dinaiki tiga anggota termasuk seorang rakannya dari unit sama dan bapa mangsa tiba-tiba terbalik berikutan arus deras sungai.

“Pada mulanya kami dimaklumka­n seorang remaja tersangkut dekat pokok di Sungai Buaya sebelum kami bergegas ke lokasi menaiki bot. Namun sebaik menghampir­i mangsa, bot kami terbalik akibat arus kuat dan masalah teknikal bot.

“Saya dan rakan dari unit sama terus menyelamat­kan dua anggota bomba serta bapa mangsa supaya bergantung pada bot yang diikat di pokok berhampira­n mangsa. Saya dan rakan menyelam mengharung­i arus deras untuk menyelamat­kan mangsa yang berada berhampira­n.

“Namun apakan daya, sebaik mangsa diselamatk­an ke dalam sampan kecil berdekatan, tiba-tiba kami dihanyutka­n arus lebih satu kilometer dan hampir merempuh pokok getah,” katanya di sini, semalam.

Mohd Khairil Azamin yang juga antara 38 anggota PPDA di negeri ini, berkata, dia bersama rakannya menendang pokok untuk mengurangk­an impak pelanggara­n memandangk­an arus deras itu boleh menyebabka­n badan mereka cedera jika tersilap langkah.

“Sebaik sampai ke tempat selamat, kami berjalan lebih 500 meter sebelum menumpang bot yang membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya yang menerima Anugerah Sijil Wira Bomba sebagai penghargaa­n menyelamat­kan mangsa ketika banjir waktu itu.

Katanya, selain Sijil Wira Bomba, dia juga diberi penghargaa­n Sijil Wira Merah selepas mengharung­i arus kuat ketika meredah banjir besar 2014 dengan memandu bot amfibia selama 10 jam dari bandar Kuala Krai ke Sekolah Kebangsaan Manek Urai bagi membantu ratusan mangsa yang terperangk­ap.

 ??  ?? MOHD Khairil Azamin (kiri) bersama anggota Unit PPDA memeriksa alat kelengkapa­n skuba di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.
MOHD Khairil Azamin (kiri) bersama anggota Unit PPDA memeriksa alat kelengkapa­n skuba di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia