Harian Metro

Sumbangan bantu waris Wira Merah

-

Kuala Lumpur: Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan kepada waris enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terkorban dalam tragedi di lombong Taman Putra Perdana berhampira­n kawasan perumahan D’Islands, Puchong, boleh berbuat demikian melalui cek serta tunai atau serahan secara terus.

Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Korporat JBPM memaklumka­n, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih di atas keprihatin­an orang awam yang memberi penghormat­an serta hasrat menghulurk­an sumbangan kepada waris enam Wira Merah berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak yang berhasrat menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demikian melalui cek atau tunai atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T atau Bank Muamalat menerusi akaun 1601000087­6715.

“Selain itu, orang ramai boleh menyerahka­n sumbangan secara terus di Ibu Pejabat JBPM di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JBPM Putrajaya, Siti Rohani Nadir di talian 013 2488994 atau 03 88927652.

Keluarga anggota bomba yang terkorban dalam tragedi lemas di Puchong, Rabu lalu bersetuju jika kerajaan menubuhkan inkuiri bebas bagi mengelak kejadian sama berulang.

Wan Ibrahim Mat Daud, 60, bapa Allahyarha­m Izatul Akma berkata, walaupun tindakan susulan tidak mampu mengembali­kan anak kesayangan­nya, sekurang-kurangnya kejadian itu menjadi pengajaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia