Harian Metro

Kekal hukum kes noda, seks luar tabii

-

Kuala Lumpur: Hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan terhadap seorang bekas eksekutif syarikat pengangkut­an atas kesalahan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita yang mahu mendapatka­n pekerjaan di syarikatny­a, dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam keputusann­ya menolak permohonan H N Sathisan, 31, yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Pada 18 Mei 2017, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan rogol terhadap Sathisan.

Manakala bagi tuduhan seks luar tabii, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta dua sebatan.

Kedua-dua hukuman itu bagaimanap­un diperintah­kan berjalan serentak.

Dalam penghakima­nnya, Azman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan di akhir kes.

Menurutnya, terdapat percanggah­an dalam keterangan Sathisan apabila dia mendakwa sebelum kejadian berlaku, kedua-dua mereka

(mangsa dan tertuduh) dalam keadaan mabuk.

“Perayu (Sathisan) mendakwa mereka mabuk kerana minum bir namun dalam rekod rayuannya, dia mendakwa meminum minuman ringan iaitu

Coke.

“Selain itu perayu juga mendakwa mangsa adalah teman wanitanya yang sudah dikenali selama dua tahun sedangkan wanita itu baru mengenalin­ya selepas ditawarkan pekerjaan sebagai setiausaha tempat mereka bekerja,” katanya

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Aznika Mohd Anas.

Pada 18 Mei 2017, Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhi hukuman itu terhadap Sathisan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Berdasarka­n keterangan kes, mangsa didakwa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp berhubung peluang pekerjaan sebagai setiausaha sebuah syarikat telekomuni­kasi. Melaka: Seorang lelaki dipenjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan merogol anak saudara perempuann­ya yang juga orang kurang upaya (OKU), Ogos tahun lalu.

Tertuduh berusia 58 tahun yang sepatutnya dibicaraka­n semalam membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan, tertuduh ketika berusia 57 tahun didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak saudara perempuann­ya berusia 17 tahun di sebuah rumah di Jalan Felda Air Kangkong, Selandar, Jasin, kira-kira jam 6 petang pada 18 Kuala Lumpur: Bukan saja menjalani hukuman penjara lebih lama, malah dua sahabat turut dijatuhi hukuman tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas pertuduhan melakukan samun dengan bersenjata­kan pisau, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan terhadap dua penganggur, Adly Azman, 26, dan Aszrul Nizam Zainal

 ??  ?? TERTUDUH diiringi anggota polis keluar kamar mahkamah.
TERTUDUH diiringi anggota polis keluar kamar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia