Harian Metro

Pelajar UNIMAS jatuh tingkat dua

-

Samarahan: “Ayah .... ” Hanya itu diluahkan penuntut Kolej Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, ketika ditemui terbaring berlumuran darah selepas terjatuh dari tingkat dua kolej kediaman itu, Ahad lalu.

Gadis berusia 23 tahun berasal dari Kelantan itu ditemui berlumuran darah jam 1.55 tengah hari oleh penghuni kolej berkenaan.

Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superinten­dan Lee Chong Chern berkata, penuntut tahun dua UNIMAS itu dikatakan cuba masuk ke bilik rakan selepas tertinggal kunci.

Katanya, mangsa kemudian memanjat tingkap untuk masuk ke bilik sebelah, namun dipercayai tergelinci­r sebelum terjatuh.

“Impak kejadian itu menyebabka­n mangsa parah di kepala dan badan. Kejadian hanya disedari seorang penuntut kolej sebelum membawa mangsa ke Pusat Jantung untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis kemudian menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan selepas saksi membuat laporan.

Katanya, mangsa dirujuk ke Zon Merah Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk rawatan.

Masih bersekolah, namun sudah berjinak-jinak menjadi penjenayah. Itu tindakan tiga remaja berusia 13 hingga 14 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang ditahan polis selepas terbabit kegiatan curi motosikal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, semua suspek ditahan di Apartmen Mesra Ria, Taman Pandan Mesra, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Katanya, empat suspek terbabit berjaya dikesan selepas tiga daripada mereka menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

“Isnin lalu, kita terima laporan daripada pengadu yang kehilangan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss di parkir Apartmen Mesra Ria.

“Semalam (kelmarin), anggota Operasi Balai Polis Pandan Indah, Ampang Jaya membuat penugasan Rondaan

 ??  ?? ANGGOTA bomba memberi bantuan kepada pelajar UNIMAS yang terjatuh dari tingkat dua kolej kediaman di Kota Samarahan.
ANGGOTA bomba memberi bantuan kepada pelajar UNIMAS yang terjatuh dari tingkat dua kolej kediaman di Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia