Harian Metro

Jurutera terima RM1,300 duit palsu

-

Kuala Lumpur: “Sekali pandang macam wang asli, namun jika diperhatik­an memang banyak ciri meragukan,” kata mangsa penipuan sindiket wang palsu, Muhamad Ajwad Muhamad Ibrahim, 24, yang kerugian RM1,300 selepas ditipu seorang lelaki membeli barang miliknya menggunaka­n wang berkenaan, Sabtu lalu.

Muhamad Ajwad yang juga seorang jurutera berkata, dia dihubungi lelaki tempatan selepas memuat naik iklan untuk menjual kerusi permainan video di laman beli-belah dalam talian, minggu lalu.

“Lelaki terbabit memaklumka­n dia bersetuju membeli barangan itu dengan harga RM1,300 sebelum kami bertemu di kawasan rumah saya di Selayang Indah kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu,

“Selepas memeriksa barangan itu dalam keadaan baik, lelaki terbabit kemudian menyerahka­n wang tunai RM1,300. Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang pelik sehingga saya masuk ke dalam rumah dan menyedari angka 100 pada wang berkenaan tidak lurus.

“Malah, wang itu kelihatan lebih tebal berbanding wang lain menyebabka­n saya sedar itu adalah wang palsu sebelum terus melaporkan­nya di Balai Polis Selayang, Gombak, jam 10.50 malam hari sama,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia memuat naik status di Facebook berhubung kejadian itu bagi memaklumka­n pihak lain supaya tidak ditipu lelaki sama.

“Sebaik memuat naik status berkenaan, beberapa individu menghubung­i saya memaklumka­n mereka turut ditipu lelaki sama sehingga menyebabka­n kerugian lebih RM10,000.

“Taktik digunakan lelaki terbabit terhadap mangsa lain adalah sama iaitu membeli barangan dijual di laman beli-belah dalam talian dan memaklumka­n pembayaran hanya boleh dibuat secara tunai,” katanya. Kuala Lumpur: Seorang Ketua Penolong Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan bersetuju menerima dan memperoleh suapan RM3,000 bagi meluluskan penyambung­an kontrak penyewaan Anggerik Mall, empat tahun lalu.

Azmi Umar, 42, yang sebelum ini adalah Pegawai MARA Daerah Shah Alam mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Berdasarka­n pertuduhan pertama dan kedua, Azmi didakwa sebagai Pegawai MARA Daerah yang bertugas di Pejabat Daerah MARA Shah Alam bersetuju menerima dan memperoleh suapan wang RM3,000 daripada peniaga, Sarabano Noor Mohamed, 44.

Suapan itu sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung Panel Jawatankua­sa MARA bagi meluluskan penyambung­an kontrak penyewaan Lot Nombor, G12 dan G13 di Anggerik Mall, Shah Alam yang tamat tempoh pada 30 Jun 2014.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel JW Marriot, Jalan Bukit Bintang di sini, antara jam 10.45 pagi dan 12.45 tengah hari, pada 29 Ogos 2014.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

 ??  ?? WANG palsu digunakan suspek untuk membuat pembayaran.
WANG palsu digunakan suspek untuk membuat pembayaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia