Harian Metro

Hindari 14 kosmetik beracun

„ KKM keluar senarai produk dikesan guna pelbagai unsur racun berjadual

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementeria­n Kesihatan menggesa orang awam mengelak membeli dan menggunaka­n 14 produk kosmetik yang kini berada di pasaran kerana dikesan mengandung­i racun berjadual.

Produk berkenaan termasuk Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Day Cream, Diamond Gold Skin Care Diamond Gold Night Cream, Diamond Gold Skin Care Diamond Gold Treatment Cream, Alora Night Glowing Cream, Karisma Nightcream Kunyit, Karisma Daycream dan Karisma Treatment Sarang Burung.

Selain itu, produk lain adalah Seputih Melati Night Cream Whitening, Seputih Melati Night Cream Glowing, Majaja Serum Channtiq, SYMA Magical Serum, SYMA Facial Cleanser, Khumaera Moistskin Cleanser dan Bao Shu Tang Snow Lotus Cream.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik berkenaan sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan kerana dikesan mengandung­i bahan racun berjadual.

Beliau berkata, produk yang mengandung­i hydroquino­ne, tretinoin dan diphenhydr­amine sepatutnya perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquino­ne lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahka­n kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

“Bagaimanap­un, penggunaan hydroquino­ne tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan boleh menyebabka­n kemerahan pada kulit yang disapu, ketidaksel­esaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensi­tif.

“Malah, kesan daripada penggunaan hydroquino­ne boleh menghalang proses pigmentasi (depigmenta­si) yang mengurangk­an perlindung­an kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatk­an risiko kanser kulit,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosik­an untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangk­an kedutan.

Namun beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan boleh menyebabka­n bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensi­tif kepada cahaya matahari.

Dr Noor Hisham berkata, produk yang dicampur palsu dengan diphenhydr­amine pula bertujuan memberikan kelegaan sementara bagi kegatalan dan kesakitan akibat gigitan serangga, selaran matahari yang ringan dan kerengsaan kulit.

Menurutnya, penggunaan diphenhydr­amine tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan boleh mengakibat­kan bahagian kulit yang disapu menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh menyebabka­n kesan alahan teruk.

Dalam pada itu, katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahka­n kulit dan rawatan antipenuaa­n

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosik­an untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangk­an kedutan

Dr Noor Hisham Abdullah

seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratk­an kesihatan.

“Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabka­n kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembang­an otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandung­i merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

“Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandung­i merkuri atau orang yang menggunaka­n produk kosmetik berkenaan dan kemudian memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandung­i merkuri boleh juga menyebabka­n ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia